Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Weekend Ride Kuala Lumpur Klang 80km Pergi Balik

Saya bukan rider yang tegar dalam menunggang motorsikal dalam jarak yang jauh. Weekend Ride saya selalunya dalam kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya sahaja. Tetapi, kali ini, nak cuba laluan baru, jadi awal pagi cuba untuk Weekend Ride Kuala Lumpur Klang 80km Pergi Balik.

Memandangkan waktu awal pagi, masa sangat sesuai untuk laluan lebuhraya PLUS kerana jumlah kenderaan ketika ini tidak sesibuk waktu kerja atau siang hari. Untuk penunggang amatur seperti saya, ini laluan paling syiok setakat ini. Tak perlu pergi jauh.

Baca : MrJocko dan Motorsikal

Weekend Ride Kuala Lumpur Klang 80km Pergi Balik

weekend ride kuala lumpur klang 02

Nak lagi tenang ketika menunggang, selepas wktu subuh, sekitar jam 6.00am terus gerak dari rumah memasukki Lebuhraya PLUS dari Jalan Duta. Dari sini, terus pecut dengan kelajuan yang sekata, tak laju, sekitar 100km/j hingga 150km/j sahaja. Ikut pace dan keselesaan sendiri.

Alhamdulillah, ada la sorang dua kawan yang boleh ikut kelajuan seperti ini. Tak mampun nak ride hingga mencecah 180km/j atau 220km/j. Tak berani memandangkan jalan raya di Malaysia sendiri tidak la sebagus mana.

weekend ride kuala lumpur klang 01
Weekend Ride Kuala Lumpur Klang
weekend ride kuala lumpur klang 03
Plaza Tok Bukit Tinggi Klang

Banyak kali masa tengah ride teringin nak pulas throtle tetapi terasa tak berani. Antara sebab lain sebab tak pakai full riding suits. Lagipun keadaan motorsikal tidak begitu baik, kerana tayar, sprocket dan juga brake sudah lama tak servis. Boleh ride, tetapi tidak untuk kelajuan pada masa ini.

Walaupun dalam kelajuan yang sederhana, Alhamdulillah, hanya sekitar 30 minit sahaja dari Kuala Lumpur hingga sampai ke Pusat Bandar Klang. Tak jauh mana rasanya, berbanding dengan memandu kereta yang memakan masa hingga 1 jam perjalanan.

Sebelum balik, singgah dulu makan Roti Canai terkenal kat Klang dengan Teh Tarik. Itu sahaja menu yang ada seawal 7.00am. InsyaAllah, kalau lepas ni ride pergi Ipoh atau pergi Kuantan, kita akan cuba menu lain yang betul-betul popular.

Untuk korang yang kaki ride motorsikal, kalau korang jenis ride santai dan tak laju, please la ajak Abam Jocko. 🙂 Teringin nak buat Travelog Motorsikal ke serata pelusuk Malaysia. Nanti boleh dijadikan program dalam Saluran Nasional RTM1.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.