Site icon Travel Blogger Malaysia

Wenhua Road Night Market Di Chiayi Pasar Malam Pilihan Di Taiwan

Chiayi City juga punya beberapa night market yang agak terkenal sekitar bandar. Antara yang paling terkenal ialah Wenhua Road Night Market di mana ia adalah antara pasar malam pilihan utama warga kota Chiayi. Di Pasar Malam Wenhua Road Chiayi, ada pelbagai stall dan kiosk jualan makanan tempatan dan antarabangsa serta kedai-kedai jualan pakaian, helmet, serta aksesori smartphone dan gadget.

Pasar malam yang dibuka seawal jam 5.00 petang ini dibuka sepanjang jalan Wnhua Road. Sebab itu, pasar malam di Chiayi ini lebih dikenali sebagai Pasar Malam Jalan Wenhua (Wenhua Road Night Market). 

Baca : Tempat Menarik di Negara Taiwan

Wenhua Road Night Market di Chiayi

Wenhua Road Night Market Chiayi
Pasar Malam Wenhua Road Taiwan

 

Secara umum, kemeriahan di Pasar Malam Wenhua Road tidak lah semeriah Shilin Night Market di Taipei. Ini kerana, ia sedikit kecil berbanding Shilin Night Market dan tidak banyak pilihan. Namun, jika bercakap dari segi pilihan makanan ‘street food’ di Taiwan, Wenhua Road Night Market antara pasar malam yang punyai pelbagai pilihan berbanding Shilin Night Market.

 

Food Street di Pasar Malam di Wenhua Road

Untuk pelancong Muslim, mungkin anda boleh cuba beberapa menu makanan vegetarian atau juga seafood, tetapi hendaklah periksa dulu bahan-bahan yang mereka gunakan. 

Nak cuba yang lain dari yang lain, boleh cuba Teh Tarik Ais di Taiwan ini. Pertama kali lihat Teh Tarik Ais yang dibuat di Taiwan, dan ia adalah campuran Teh Hijau, Susu dan juga sedikit gula. Rasa memang tak sebaik Teh Tarik di Malaysia, tetapi ada la ciri-ciri Teh Tarik. 

Baca https://www.rtaiwanr.com/chiayi/chiayi-wenhua-road-night-market

Teh Tarik Taiwan

Nak beli kasut, baju atau alatan aksesori gajet di sini kena pandai tawar menawar sikit. Dari segi harga, mungkin ada beberapa barang yang dijual agak mahal berbanding Malaysia, tetapi sebenarnya anda boleh tawar menawar. 

Kalau ada yang bertanya nak beli apa di Taiwan, antara yang MrJocko cadangkan adalah helmet yang ‘fancy’, beberapa aksesori cover handphone seperti cover iPhone dan juga payung yang jarang-jarang dijumpa di Malaysia.

Kalau orang Malaysia, Pasar Malam seperti Pasar Malam Wenhua Road ini akan menjadi pilihan utama kalau melancong ke Taiwan. Ini kerana kita di Malaysia memang sudah sebati dengan pasar malam atau konsep jualan seperti uptown. Sebab itu, pasar malam Wenhua Road ini menjadi salah satu destinasi tempat menarik di Taiwan.

Jadi, untuk anda semua, jika nak travel ke Taiwan, lokasi yang wajib anda lawat ialah pasar malam di Taiwan yang sememangnya menawarkan pelbagai pilihan barangan untuk pembeli di Malaysia.

Terbang ke Taiwan melalui KLIA2 ke Taipei atau Kaohsiung dengan penerbangan AirAsia dan AirAsiaX. Paling menarik, Taiwan Tourism Bureau kini giat mempromosikan pakej Muslim Travel ke Taiwan dan menyokong penuh usaha dalam industri restoran makanan halal di seluruh negara Taiwan untuk kemudahan pelancong Muslim.
 

Exit mobile version