Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

West Coast Expressway Perak Kini Dibuka Untuk Pengguna

Mereka yang berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Bagan Datoh, Setiawan, Lumut hingga ke Taiping pasti akan gembira dengan berita ini. Bahagian Seksyen 5 West Coast Expressway Perak Kini Dibuka Untuk Pengguna (Lebuhraya Pantai Barat). Ia menghubungkan New North Klang Bypass (NNKSB atau Shapadu Highaway) dan persimpangan Bandar Bukit Raja (Utara).

Perjalanan sejauh 9.7 km itu adalah jalan keluar dari tujuh bahagian di Selangor, dan akan memudahkan para pelancong yang menggunakan jalan ke Kapar dari Shah Alam, dan sebaliknya.

Kami sendiri dah cuba laluan ini, West Coast Expressway dari Kuala Selangor sehingga ke Lumut. Memang sanat selesa perjalanan kami dan dapat jimat hampir 1 jam kalau nak bandingkan dengan jalan lama, Slim River – Lumut. Lagipun, untuk tempoh percubaan, tiada bayaran tol dikenakan kepada pengguna lebuhraya ini.

Baca : Pergi Bukit Merah Laketown Resort Pun Best

 


West Coast Expressway Perak Kini Dibuka Untuk Pengguna

Lebuhraya-West-Coast-Expressway-Perak-00 copy
 

Sebelum ini, Lebuhraya Pantai Barat (WCE) dibuka secara berperingkat di negeri Perak. Bermula pada bulan Mei, dari kawasan Hutan Melintang ke Teluk Intan, diikuti oleh pembukaan laluan dari Kampung Lekir ke Beruas pada bulan September yang lepas.

Lebuhraya-West-Coast-Expressway-Perak-01
Sebelum Memasuki Lebuhraya West Coast Expressway

Lebuhraya-West-Coast-Expressway-Perak-02

Lebuhraya-West-Coast-Expressway-Perak-03

Nota Kaki : Maaf Gambar Kurang Jelas Hasil Screenshot Video Sony AS20

 


Baca : Tempat Menarik di Perak Darul Ridzuan

Terdapat 12 bahagian lebuh raya sepanjang 233 km yang menghubungkan Banting di Selangor ke Taiping di Perak. Bermaksud lima di Perak dan tujuh di Selangor. Ada sebanyak 21 persimpangan West Coast Expressway di Perak dan 10 persimpangan di Selangor. Untuk info, ia adalah Projek Kerajaan Malaysia bernilai RM5.04 bilion dan kini telah pun siap 71%.
 

Jadi, untuk anda yang kaki jalan dan suka melancong dalam Malaysia, ini satu kelebihan untuk anda. Mungkin masalah kesesakan jalan raya dan juga perjalanan yang jauh dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan, Lumut atau Taiping sudah boleh dipendekkan dan dimudahkan apabila lebuhraya WCE ini siap sepenuhnya.

Lepas ini, nak ke Makan Udang Galah di Sungai Perak, Kellie’s Castle, Menara Condong, Pulau Pangkor, Teluk Batik dan juga Taman Tasik Taiping akan jadi lebih mudah dan murah. Guna sahaja Lebuhraya West Coast Expressway Perak.

4 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.