Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Wifi PERCUMA Kelajuan 21Mbps Di Semua Kopitiam

Siapa yang suka lepak di Kopitiam, korang akan suka bila dapat berita Wifi Percuma ini. Kalau sebelum ni korang dapat coverage dan speed yang perlahan ketika akses Internet di Kopitiam, kini tidak lagi.
CELCOM Axiata Berhad (Celcom) melancarkan perkhidmatan capaian Internet tanpa wayar (WiFi) di  Kopitiam di seluruh Malaysia menjelang akhir bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, menerusi kemudahan itu, pengusaha kopitiam akan dibekalkan dengan peranti mobiliti PortaWiFi untuk sokongan capaian data Wi-Fi Hotpot berkelajuan sehingga 21Mbps.

Kemudahan ini bakal menyediakan pelanggan kopitiam dengan akses Internet segera terpantas dalam wilayah Celcom. Sebagai permulaan, kopitiam terpilih akan mengaplikasi PortaWiFi secara percuma selama tiga bulan sebelum Celcom memperkenalkan pakej langganan perkhidmatan data khusus untuk peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sedikit masa lagi.
So selama 3 bulan, bermula November mungkin, pelanggan Kopitiam akan mendapat perkhidmatan Wifi Percuma dari pihak CELCOM. Selepas itu camana pulak? Bukankah sebelum ini kebanyakkan Kopitiam provide Wifi PERCUMA??? Atau maksud Celcom, Percuma untuk Tauke Kedai…?

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.