Site icon Travel Blogger Malaysia

Alpensia Ski Resort Winter Olympic 2018 Pyeongchang

Sehari di Seoul, akhirnya masa untuk MrJocko melawat venue untuk lokasi Sukan Musim Sejuk 2018 (Winter Olympic 2018) di PyeongChang. Teruja juga untuk ke Alpensia Ski Resort Winter Olympic 2018 Pyeongchang yang akan berlangsung tahun depan di Korea Selatan ini.

Hari kedua kami bertolak ke Gangwon Province, kira-kira 180km perjalanan dan kebiasaannya akan mengambil masa selama sekitar 4 jam dengan menaiki kereta ataupun bas. Tapi jangan risau, tak lama lagi akan ada Korea Speed Express (KTX) yang akan menghubungkan dua lokasi utama ini.

Baca : Tempat Main Salji Musim Sejuk Best di Korea

Winter Olympic 2018 Pyeongchang

 


Alpensia Ski Resort Winter Olympic 2018 Pyeongchang

Alpensia Ski Resort Winter Olympic 2018 Pyeongchang
 

Kalau kebiasaannya, Alpensia Ski Resort di Korea Selatan ini terkenal dengan aktiviti sepanjang musim sejuk atau winter season di Korea. Di sini, menjadi tumpuan ramai pelancong dalam Korea dan juga pelancong luar negara untuk bermain ski dibeberapa trek ski yang ada di Alpensia ini.

Pusat pelancongan popular ini menjadi terkenal setiap tahun dengan tarikan sukan musim sejuk yang memang menawarkan pengalaman terbaik untuk semua yang berminat dalam permainan ski dan juga snow boarding.

 

 

Rupanya, ada banyak trek ski yang ada di Alpensia Ski Resort ini. Ia juga antara trek ski terbaik di dunia. Sebab itulah, mereka layak untuk menjadi sebahagian dari venue Winter Olympic 2018 PyeongChang tahun hadapan.

Kalau tak silap, ada lebih dari 10 laluan yang menarik untuk suka ski di sini. Kalau peminat ski, sudah pasti ia menjadi pilihan untuk mencabar diri menuruni curam trek skit yang dikatakan antara yang terbaik di Korea dan di dunia ini.

Ada info lain boleh anda baca di sini ->https://www.olympic.org/pyeongchang-2018 dan di sini ->https://www.pyeongchang2018.com/en/index
 

 

Bukan sahaja trek ski terbaik, nampaknya penganjur kali ini, Korea Selatan memang giat dalam usaha melengkapkan facilities dan juga unit sokongan terbaik untuk memberikan pengalaman Olimpik Musim Sejuk 2018 PyeongChang kepada semua atlet yang mengambil bahagian.

Perkampungan Sukan untuk atlet juga memang disediakan dengan kemudahan yang lengkap dan memenuhi standar piawaian antarabangsa. Untuk peminat dan juga penonton yang datang ke sini untuk menyaksikan Sukan Musim Sejuk 2018 ini, kemudahan pengangkutan seperti bas dan shuttle disusun seeloknya bagi melancarkan perjalanan di semua venua sukan musim sejuk ini.

MrJocko tak pernah bermain ski, namun dari penerangan dan lawatan yang diberikan, ia memang mengujakan. Ini baru satu venue, ada lagi venue lain yang akan MrJocko kongsi, termasuk venue Stadium Olympic PyeongChang.

Exit mobile version