Site icon Travel Blogger Malaysia

Winter Trip Seoul Korea 23 Disember 2022 Permulaan

winter trip korea disember

Korea Winter Trip Disember 2022

Penerbangan antarabangsa saya berakhir pada Februari 2020 ketika menaiki penerbangan dari KLIA menuju ke Hatyai. Selepas hampir 3 tahun, akhirnya langkah kami akan kembali ke sempadan antarabangsa dengan trip pertama kami ke Korea Selatan. Rezeki kali ini, bersama dengan 26 klien yang akan turut terbang ke Incheon, Korea Selatan untuk paked Winter Trip Seoul Korea 23 Disember 2022, selama 6 hari 4 malam. Ini adalah permulaan kepada chapter baru kami kerana ini adalah Group Pertama kami sebagai Tour Leader ke Korea Selatan.

Bermula seawal jam 4 petang, bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke lapangan terbang KLIA2. Tugas kali ini, saya akan mengiring klien ini untuk berlibur di negara Korea dengan beberapa aktiviti wajib sepanjang pengembaraan kami. InsyaAllah, ia akan lebih mengagumkan dengan kedatangan musim salji di Korea Selatan ini.

Baca : Winter Trip Ke Jepun

pakej winter trip ke korea

Winter Trip Seoul Korea 23 Disember 2022 Permulaan

winter trip korea disember
Winter Trip Korea 2022

 

Pengalaman kali ini pasti lebih mengujakan kerana saya bukan sekadar melancong, tetapi bekerja sambil melancong. Bukan mudah sebenarnya, namun cabaran ini saya akan galas sebaiknya dengan memberikan pengalaman terbaik kepada klien kami. Sasaran kami, memberikan pengalaman travel penuh bermakna untuk semua pelanggan kami supaya ia menjadi momen terbaik sepanjang hidup mereka.
 


 

Pakej Winter Trip menjadi pilihan ramai pelancong Malaysia ke Korea, kerana ia merupakan musim paling best untuk travel. Memandangkan salji tidak ada di Malaysia, ini peluang terbaik pelancong kita merasai pengalaman bermain salji dan bermain ski di negara Korea ini. Impian ramai orang untuk kesana dengan pengalaman menikmati menu makanan Friendly Muslim Korea dengan cara sebaiknya.

Untuk anda yang masih mencari Pakej Halal Muslim melancong ke Korea Selatan, boleh hubungi wakil syarikat kami Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd, WhatsApp +6010-6000 300 / +6010-6000 400. Email: info@shahmietravel.com.my atau boleh memilih juga untuk bersama Terlajak Travel Sdn Bhd di talian +6010-340 2925 dan email admin@terlajaktravel.com

Exit mobile version