Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gadget Review Wiyo Pocket Wifi Untuk Travel Luar Negara

Pocket Wifi adalah salah satu servis yang mula-mula MrJocko fikir bila rancang perjalanan ke Melbourne, Australia beberapa minggu yang lepas. Nampaknya, ini sahaja cara terbaik untuk MrJocko kekal berhubung dengan dunia Social Media dan juga kekal berhubung dengan keluarga ketika di luar negara. Jadi MrJocko cuba Wiyo Pocket WiFi. Ini cerita, Gadget Review Wiyo Pocket Wifi Untuk Travel Luar Negara.

Baca : Pocket WiFi Wiyo Yang Murah

Gadget Review Wiyo Pocket Wifi Untuk Travel Luar Negara

Apakah WIYO WIFI?

WIYO POCKET WIFI adalah peranti mudah alih, bersaiz tapa tangan 3G/4G yang menyediakan anda dengan akses internet wayarles bila-bila masa, di mana-mana semasa ketika anda melancong ke luar negara. POCKET WIFI ini berfungsi seperti mana-mana Wi-Fi hotspot yang menghubungkan anda dengan dunia Internet 3G/4G.

Yang uniknya peranti WIYO POCKET WIFI, ia adalah Hotspot peribadi dan sesuai berada di dalam poket anda dan senang dibawa ke mana-mana. WIYO POCKET WIFI pada masa yang sama menyokong peranti WiFi yang dibolehkan anda berkongsi data 3G/4G sehingga 10 rakan-rakan perjalanan.

wiyo_pocket_wifi_

wiyo poket wifi rate

Wiyo Pocket WiFi International Rates

Anda boleh menempah POCKET WIFI ini melalui online di laman web www.WIYO.my. Untuk masa ini, harga untuk setiap negara adalah berbeza dan boleh semak harga tersebut seperti yang tertera di atas. Sebagai contoh, harga sewa Pocket Wifi WIYO ke Australia adalah cuma RM30.oo sehari. Jika anda berkongsi dengan 10 orang, anda cuma membayar RM3.00 sahaja sehari, murah kan???

InsyaAllah, MrJocko akan review gadget dan servis dari Pocket Wifi WIYO ini apabila berada di Australia.

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.