Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Woodland Muangmai Muzium Kayu Terbaik Wajib Lawat

Melihat kepada kawasan Woodland Muangmai Museum sahaja sudah cukup untuk memberikan pujian kepada tuan punya pemiliknya iaitu keluarga Thewphaingam yang berusaha keras dalam mengumpul koleksi hebay ukiran kraf kayu-kayu ini seluruh dunia dan membina tapak seluas ini untuk dijadikan satu kawasan muzium kayu yang terbaik. MrJocko, secara peribadi mengiktiraf Woodland Muangmai Muzium Kayu Terbaik Wajib Lawat di dunia.

Tidak tergambar dengan perkataan bila melihat sendiri koleksi kraf kayu terbaik di sini. Hampir kesemua koleksi ukiran kayu terbaik di dunia ada di sini dan ia bernilai bukan sahaja jutaan malah mencapai nilai billion dolar Amerika Syarikat. Betul ke sampai nilai billion dolar Amerika Syarikat? Anda kena lihat sendiri.

Woodland Muangmai Muzium Kayu Terbaik

Woodland Muangmai Muzium Kayu Terbaik Wajib Lawat

 

Info ringkas tentang Woodland Muangmai Nakhon Pathom

Woodland Muangmai dicipta daripada koleksi seni kayu hak milik persendirian oleh satu keluarga. Ia adalah koleksi dari terkumpul sejak 150 tahun dan menjadi muzium seni kayu yang terbesar dan paling indah. Susunannya mempunyai jalan cerita yang menarik.

Di sini, dikumpulkan sekali muzium, resort, spa, restoran dan juga galeri kayu. Kebanyakan seni kayu yang dipamerkan di sini adalah hasil hutan unik di Asia Tenggara, Thailand, Myanmar, Kemboja dan Indonesia. 

woodland muangmai map

 

 

Lokasi Woodland Muangmai Museum tidak begitu jauh dari bandar Bangkok. Tetapi, anda perlu pandai mencari laluan untuk memudahkan anda sampai di sini. Jangan risau, jalanraya di Thailand tidak ada tol dan senang sahaja kalau anda mengikut laluan menggunakan panduan Google Maps atau GPS.

Zone

 

Woodland Muangmai Museum Woodland Muangmai Museum Woodland Muangmai Museum Woodland Muangmai Museum Woodland Muangmai Museum Woodland Muangmai Museum Woodland Muangmai Museum

 

 

Sampai sahaja di sini, kiri dan kanan anda boleh lihat banyak hiasan dan ukiran kayu yang diletakkan di pintu masuk ke ruang utama. Walaupun ia lebih kepada ukiran kayu yang berbentuk patung Hindu, Buddha, Kristian, ia bukan untuk pemujaan. Koleksi di sini untuk ‘seni kraftangan sahaja’.

 

Woodland Muangmai Museum Woodland Muangmai Museum Woodland Muangmai Museum Woodland Muangmai Museum Woodland Muangmai Museum

 

Susunan pameran di galeri Woodland Muangmai Museum ini disusun mengikut kategori. Antara yang boleh anda lihat adalah bahagian kraf kayu ukiran haiwan seperti gajah, harimau, burung helang dan banyak lagi. Kemudian, ia akan membawa anda ke bahagian ukiran patung Buddha, patung Hindu, patung Kristian dan bahagian haiwan laut yang memang menakjubkan.

Harga tiket masuk ke Woodland Muangmai Museum ialah Baht550 untuk dewasa (Foreigner) dan Baht190 untuk Kanak-kanak (Foreigner).

Muzium Kayu Woodland Muangmai ini dibuka setiap hari bermula dari jam 9.30 pagi hingga jam 5.00 petang. Parkir adalah percuma untuk semua kenderaan.

Untuk anda yang rasa nak beli koleksi yang ada di sini, ada satu lagi Galeri dibuka untuk jualan. Ada banyak pilihan, boleh pilih beli dan ukiran akan dihantar ke rumah anda menggunakan postage.

 

Woodland Muangmai Museum Woodland Muangmai Museum Woodland Muangmai Museum

 

Ini satu pengalaman baru untuk MrJocko. Sepanjang perjalanan kembara sana dan sini, Woodland Muangmai ini adalah muzium kayu terbaik di dunia pada pandangan MrJocko. Dari segi koleksi, susunan dan kemudahan yang disediakan memang cukup untuk anda nikmati.

Rezeki MrJocko ketika singgah di sana ialah berpeluang bertemu sendiri dengan pemilik Woodland Muangmai. Beliau yang asalnya seorang Guru dan mempunyai sekolah swasta yang terkenal di Bangkok.

Samada anda peminat kraf atau tidak, ini satu pengalaman yang anda patut cuba jika ke Bangkok. 

 

woodland muangmai owner

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.