Yana Restaurant Halal Di MBK Center Bangkok Thailand
|Yana Restaurant Halal Di MBK Center Bangkok Thailand
MBK Center memang satu lokasi membeli belah yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia kalau ke Bangkok. Kat sini banyak benda yang boleh anda beli dengan harga yang murah berbanding Malaysia dengan kualiti yang memuaskan. Lokasi pusat membeli belah di MBK Center Bangkok ini juga memang dekat dengan Stesen LRT BTS National Stadium.
Di dalam pusat membeli belah MBK Center ini ada beberapa restoran makanan halal. Yang paling terkenal ialah Yana Restaurant yang terletak di Tingkat 5, berhadapan dengan Food Court MBK Center Bangkok.
Untuk anda yang memang sukakan menu masakan Thai, di Yana Restaurant Halal Di MBK Center Bangkok ini memang wajib anda singgah. Supervisor dan beberapa orang staff di sini fasih berbahasa Melayu Thai dan anda memang tidak akan rasa kekok untuk ‘order’ makanan kegemaran anda.
Yana Restaurant Halal Di MBK Center Bangkok
MrJocko dan beberapa rakan blogger lain seperti Cipot Redz, Tom Rungitom dan juga Ruby Dot My sempat mengambil peluang untuk makan malam di Yana Restaurant Halal Di MBK Center Bangkok. Untuk kali ini kami cuba semestinya Tomyam Goong, Ayam Goreng, Ikan Talapia 3 Rasa, Kailan Ikan Masin dan juga Somtam. Tak dinafikan, bagi MrJocko sendiri, semua menu halal di Yana Restaurant MBK Center ini memang terbaik dan sedap.
Harga yang ditawarkan di Restoran Yana MBK Center ini kira mahal sedikit dari harga biasa tetapi masih lagi berpatutan. Ini kalau nak dikira dari segi menu yang disediakan, sedap, keadaan restoran dan suasana yang selesa serta memang berada di kawasan tumpuan pelancong.
Jadi, jika anda nak shopping di MBK Center Bangkok, anda tidak perlu risau jika nak cari menu makanan halal di MBK Center. Salah satunya, memang MrJocko syorkan anda ke Yana Restaurant.