Yang Menarik Di Dotonbori Osaka Happening Di Jepun
|Sebelum sampai ke Osaka, jarang MrJocko dengar nama Dotonbori. Selalu Umeda sahaja yang menjadi bualan. Tetapi rupanya, Dotonbori lebih happening dari Umeda. Ni MrJocko nak share apa Yang Menarik Di Dotonbori Osaka Happening Di Jepun. Macam-macam ada di sini, umpama pusat santai pelancong tempatan dan luar negara.
Nak senang ingat, Dotonbori berada di persisir Sungai Dotonbori yang memang terkenal. Kiri dan kanan boleh lihat bangunan yang mana mempunyai gerai untuk makanan ‘local foods’, kedai serbaneka, cafe, butik pakaian, kedai sushi dan macam-macam lagi. Senang kata, kalau nak shopping, di Dotonbori juga salah satu lokasi menarik untuk anda terokai.
Baca : Cara Nak Naik Keretapi Dari Kansai Airport Ke Bandaraya Osaka
Tempat Yang Menarik Di Dotonbori Osaka
Info dari Wikipedia
Dotonbori adalah salah satu destinasi pelancongan utama di Osaka, Jepun, berjalan di sepanjang terusan Dotonbori dari Dōtonboribashi Bridge untuk Nipponbashi Bridge di daerah Namba. Dari segi sejarah, ia kini merupakan kehidupan malam dan hiburan popular ciri-ciri suasana aneh dan papan tanda diterangi besar. Salah satu ciri yang paling menonjol di kawasan ini, papan iklan untuk syarikat konfeksi Glico memaparkan imej seorang pelari melintas garisan penamat, dilihat sebagai ikon Osaka di Jepun.

Semalaman di Dotonbori memang tak cukup. Lebih-lebih lagi jika anda seorang kaki shopping. Macam-macam boleh anda terokai di sini. Tambah lagi bila waktu musim yang agak sejuk, memang syok berjalan sekitar Sungai Dotonbori. MrJocko sempat shopping di Don Quixote Osaka. Memang best shoppng kat sini sebab ada banyak pilihan dan barang murah.
Bila tiba waktu malam, kawasan ini memang sejuk, memang nyaman sambil menikmati pemandangan menarik di sini. Kadang-kadang sampai terfikir malas nak balik Malaysia, HaHaHa…
Yang Menarik Di Dotonbori Osaka
Sememangnya lokasi Dotonbori di Osaka menjadi pilihan ramai pelancong untuk bersantai bila tiba waktu malam. Segalanya ada di sini. Menjelang sebelah petang hingga waktu malam, lokasi tempat menarik di Osaka seperti di Dotonbori ini menjadi ‘hidup’ dan happening. Semakin ramai pengunjung akan membanjiri Dotonbori untuk aktiviti night life termasuk makan, shopping dan juga sight seeing.
Di sini juga ada aktiviti yang patut anda cuba seperti Boat Cruising di Sungai Dotonbori. Ini adalah aktiviti perlu anda cuba. Mesti cuba, sebab ia best!!! http://www.mrjocko.com/2016/09/tombori-river-cruise-di-osaka.html