Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin Pengalaman Naik Cable Car

Guilin di China punyai bentuk muka bumi yang berbukit. Namun ia tidak seperti di Malaysia yang mempunyai banjaran yang panjang. Antara tempat menarik di Guilin ialah pusat pelancongan di tanah tinggi Yaoshan. Cerita kali ini, tentang Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin Pengalaman Naik Cable Car terbuka yang agak ngeri bagi yang takut kepada ketinggian.

Tidak seperti kereta kabel (cable car) di tempat lain, Yaoshan Cable Car di Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin ini terbuka dan tiada lantai dan dinding seperti Kereta Kabel Skyway di Genting Highland. Ia satu kereta kabel yang menarik untuk korang cuba, tetapi perlu berhati-hati.

Baca : Contoh Itinerary Ke Guilin China

Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin

Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin
 

Untuk informasi kepada korang semua dan bakal pelancong ke sini, lokasi Gunung Yaoshan terletak di sebelah timur Guilin, kira-kira sejauh 12 km dari pusat bandar. Di sini, puncak tertinggi adalah 903.3 meter tinggi dan merupakan bukit tertinggi di Guilin.

Atas puncak Yaoshan ini ada Kuil yang dibina waktu zaman Dinasti Tang. Memandangkan ia terletak di atas bukit, setiap musim menawarkan pandangan cantik yang berbeza. Pada musim bunga, kelihatan bunga Azalea ada di mana-mana sahaja. Manakala pada musim panas, pokok buluh lebih aktif dan meninggi bersaing antara satu sama lain. Pada musim gugur pokok maples merah menyerlah dengan warna daun menjadikan bukit itu kelihatan seolah-olah merah menyala. Akhir sekali, pada musim sejuk, kelihatan di pergunungan ini berkabus dengan suhu yang agak sejuk.
 

Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin
Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin

Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin Guilin Yaoshan Mountain Scenic Resort Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin Guilin Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin Yaoshan Mountain Scenic Resort

 

Ada banyak yang menarik di sini, lebih-lebih lagi kepada pelancong yang beragama Buddha. Antara yang terkenal ialaha Kuil Yao, Kuil Rusa Putih dan Tianci Field. Makam Raja Jingjiang yang meliputi kawasan lebih dari 100 meter persegi adalah tarikan paling terkenal di kawasan ini.

Katanya, Yaoshan Cable Car di Mountain Scenic Resort ini dibina pada tahun 1996. Kereta kabel sepanjang 1,416.18 meter ini menghubungkan kaki bukit hingga ke puncak dan menawarkan pemandangan yang indah. Kalau korang lebih berani, boleh cuba untuk turun menggunakan ‘Trek sepanjang 1,000m dengan 18 lengkung melalui hutan dari puncak menuju ke bawah. Lebih menarik kalau dapat turun dengan gelongsor ini. Sayang, MrJocko tidak berkesempatan.

 

Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin
Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin

Guilin Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin Yaoshan Mountain Scenic Resort

 

Info Yaoshan Cable Car

Kereta kabel di sini diimport dari Doppelmatry Cable Car Co. Austria. Ia dilengkapi dengan sistem penggera, sistem perlindungan monitor TV. Kabel sepanjang 1416.18m dari bahagian bawah ke bahagian atas dan setakat ini ia memang selamat untuk dinaiki.

Slide Toboggan yang ada di sini diimport dari WIGAND Toboggan Co. Jerman. Ia adalah Gelongsor Slide 100m panjang dengan 18 giliran meluncur dari bahagian atas. Anda akan mempunyai pemandangan indah batu, bunga dan sungai di setiap sisi apabila anda turun gunung dengan slaid.

Kalau ke sini, cuba naik dengan Kereta Kabel dan turun dengan Slide Toboggan. Pasti lebih thrill dan adventure.

Baca : http://www.visitguilin.org/index.php/en/sightseeing/57-attraction-list/105-yao-mountainyaoshan

 

 

Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin
Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin

Guilin Yaoshan Mountain Scenic Resort

 

Bayaran untuk Yaoshan Cable Car ialah CNY60 untuk seorang dan ia dibuka dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Maklumat lanjut boleh layari laman web ini Yaoshan Mountain Scenic Resort Guilin http://www.glyaoshan.com

Jangan lupa baca cerita pengalaman Melancong ke Guilin bersama KSB Travel & Tours Sdn Bhd di blog MrJocko www.mrjocko.com/tag/ksb/travel

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.