Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Yes 4G LTE ALTITUDE Pelan Jimat ‘Double Double’ Terbaru

Yes 4G kini kembali dengan tawaran jimat yang lebih hebat. Promosi besar-besaran mereka bermula dengan kombinasi Yes 4G LTE pada pelancaran Samsung Galaxy J Series beberapa minggu yang lepas. Kini Yes 4G LTE memperkenalkan Pelan Jimat ‘Double Double’ kepada semua pelangan mereka. Hari ini juga mereka memperkenalkan terbaru dari mereka smartphone Yes 4G LTE ALTITUDE.

Sejak dulu lagi, Yes 4G ialah pioneer dalam jaringan kelajuan 4G di Malaysia. Kini mereka semakin kuat dengan membawa beberapa fungsi terbaik dalam dunia komunikasi seperti menjadi pengendali mudah alih pertama di negara ini yang memperkenalkan Voice-over-LTE (VoLTE) berdefinisi tinggi. Dengan VoLTE, bunyi panggilan yang lebih jelas melalui rangkaian semua IP. VoLTE akan memberikan anda kepuasan bila bersembang telefon.

Uniknya fungsi VoLTE ini ia menyokong kualiti suara HD dan panggilan video sehingga 3x dan 6x kali lebih baik kualitinya berbanding panggilan yang dibuat di rangkaian 3G / 2G.

Baca : Promosi Terbaik Dari Yes 4G Untuk Semua

 


Yes 4G LTE ALTITUDE Pelan Jimat ‘Double Double’ Terbaru

YES-4G-LTE-DOUBLE-DOUBLE

 

Sehingga kini, Yes 4G sudah mempunyai 85% liputan penduduk di seluruh negara yang menjadikannya sebagai rangkaian 4G terbesar di negara ini. Ini semua adalah hasil kerjasama antara perkhidmatan 4G LTE di atas jejak yang sedia ada WIMAX dan rangkaian LTE baru yang dibina oleh Samsung. Ia kini mempunyai lebih 4,300 stesen pangkalan dan semakin berkembang. 

Turut hadir dalam pelancaran pelan terbaru Yes 4G LTE Double Double dan Smartphone Yes 4G LTE ALTITUDE ini ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Datuk Seri Panglima (Dr) Salleh Said Keruak dan juga Pengerusi YTL Corporation Berhad YBhg Tan Sri Dato’ Seri Panglima (Dr) Yeoh  Tiong Lay.

Telefon Pintar Yes 4G LTE Double Double

Yes 4G LTE ALTITUDE Pelan Jimat 'Double Double' Terbaru
YBhg Tan Sri Dato’ (Dr) Francis Yeoh Sock Keng
Yes 4G LTE ALTITUDE Pelan Jimat Double Double
YB Datuk Seri Panglima (Dr) Salleh Said Keruak

Yes 4G LTE ALTITUDE Pelan Jimat 'Double Double' Terbaru

 

Untuk mereka yang selalu travel seperti MrJocko, penggunaan Huddle Yes 4G adalah sesuai yang memudahkan kami untuk menggunakan data internet, walau di mana kami berada di Malaysia. Tambah-tambah lagi, sepanjang perjalanan lebuhraya PLUS dari Johor sehingga ke Perlis, ia menyediakan liputan yang memuaskan.

Untuk promosi data internet murah Yes 4G, mereka memperkenalkan satu pakej ‘pelan jimat’ Yes 4G LTE serendah RM70 setiap bulan yang memberikan anda 24GB data (16GB LTE dan 8GB jalur lebar 4G). Ia lebih menarik bila digabungkan dengan smartphone Yes 4G LTE ALTITUDE.

 

yes-4g-altitude-smartphone-02 Yes 4G Altitude Smartphone

Promosi Yes 4G LTE Double Double

Hari ini juga, Yes 4G telah melancarkan smartphone Yes 4G LTE ALTITUDE. Smartphone ini adalah telefon pintar termurah dan yang paling berpatutan menggunakan fungsi VoLTE sebenar di pasaran Malaysia. Ia mempunyai saiz paparan skrin 5 inci IPS  menyokong VoLTE HD suara dan panggilan video. Punyai Dwi SIM dan ia dijual pada harga cuma RM399 sahaja (termasuk 6% GST), menjadikannya telefon VoLTE termurah di Malaysia.

Smartphone Yes 4G LTE Altitude ini datang dalam tiga warna varian gold, putih dan perak.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi pakej Yes 4G LTE “Double Double” dan juga telefon Yes 4G LTE Altitude sila lawati laman web rasmi www.yes.my/store.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.