Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sifar GST YES Memberikan Tawaran yang Menakjubkan Kepada Anda

Bersempena dengan perlaksanaan kadar Sifar GST, YES Memberikan Tawaran yang Menakjubkan Kepada Anda. Syarikat telekomunikasi mudah alih YES 4G, kini memberikan dua kali ganda data 4G LTE dalam Pek Prabayar SIM YES 4G LTE daripada 500MB kepada 1GB secara percuma. Di samping itu, tawaran prabayar terbaru ini juga datang bersama RM5 kredit tambahan percuma serta panggilan dan SMS percuma kepada semua nombor YES.

Ini adalah sejajar dengan visi dan aspirasi negara kita untuk rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat menikmati akses Internet yang lebih baik pada kadar yang berpatutan, tanpa mengira demografi usia atau tempat.

Sifar GST YES Memberikan Tawaran yang Menakjubkan Kepada Anda
 

YES Memberikan Tawaran yang Menakjubkan kepada Anda
 

Baca : MrJocko dan Promosi Yes 4G

Melalui penyampaian kelajuan Internet 4G yang tulen, YES berpendapat bahawa teknologi bertaraf dunia yang boleh ditawarkan pada kadar harga dunia ketiga adalah satu-satunya langkah yang paling berkesan untuk memodenkan Malaysia dan ia bermula dengan memberikan tawaran yang menakjubkan kepada rakyat Malaysia.

Lebih menakjubkan lagi, sempena meraikan bulan Ramadan, YES akan mendermakan 10% (atau RM1.00) bagi setiap Pek Prabayar SIM YES 4G LTE yang dijual pada bulan Jun dan Julai 2018 kepada badan-badan kebajikan yang memerlukannya.

Di samping memberikan data yang lebih kepada rakyat Malaysia, YES juga berpegang teguh kepada misinya untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia melalui tawaran hebat ini. Tambahan juga, ia akan membuka jalan pada kepimpinan teknologi bertaraf dunia yang berupaya meningkatkan taraf hidup dengan menjadikan semuanya lebih bermakna.

 

YES Memberikan Tawaran yang Menakjubkan kepada Anda
 

Pek Prabayar SIM YES 4G LTE yang terbaik dalam industri ini akan dijual pada harga RM10 di pasaran bermula 1 Jun 2018. Kini, rakyat Malaysia boleh menikmati SATU-SATUNYA rangkaian 4G dan VoLTE 100% di Malaysia dengan YES 4G, selari dengan slogan “Segalanya Lebih Menakjubkan Apabila Anda Katakan YES” (Amazing Things Happen When You Say Yes).

Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana Stor YES (YES Store), Rakan Eksklusif YES (YES Retail Partner), Wakil dan juga Pengedar YES (YES Retailer) di seluruh negara untuk mendapatkan Pek SIM YES 4G LTE yang baru ini.

Pelanggan juga boleh melayari www.yes.my untuk maklumat yang lebih lanjut.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.