Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Alami Tradisi Greek Zafiro Experience Di Zafiro Restaurant Athens

Tempat menarik yang berbeza kali ini di Athens ialah sebuah restoran yang terletak dipuncak bukit menghadap bandar Athens. Restoran ini dikenali dengan nama Zafiro Restaurant. Namun, ia bukan sekadar restoran tetapi lebih kepada destinasi pelancongan yang unik. Di sini, kami Alami Tradisi Greek Zafiro Experience Di Zafiro Restaurant Athens.

Sebaiknya kalau nak ke Zafiro Restaurant, ambil terus pakej yang ditawarkan di sini. Ia merangkumi beberapa pakej menarik termasuk pakej kenali Greece dengan aktiviti pengeluaran Minyak Zaitun dan Pembuat Roti yang terkenal.

Baca : Restoran Terbaik Di Athens Greece

 


Zafiro Experience Di Zafiro Restaurant Athens

Zafiro Experience Athens

 

Sebagai info lengkap, destinasi Zafiro Restaurant Athens ini bukan sahaja menyediakan pakej pengenalan kepada pengeluaran Minyak Zaitun terkenal di Greece dan juga pembuatan Gandum Roti, tetapi mereka juga berkongsi informasi tentang tradisi pembuatan kopi, tukang jahit, tukang kasut, tukang gunting rambut, tukang pos, tukang lemping, tukang besi, tukang kayu, jurugambar, tukang periuk dan sebagainya.

 

Zafiro-Experience-Athens Zafiro-Experience-Athens Zafiro-Experience-Athens Zafiro-Experience-Athens Zafiro-Experience-Athens

 

Pertama kali MrJocko melihat pokok Zaitu (Olive Tree) depan mata, melihat buah zaitun kualiti Greece dan juga melihat biji Gandum yang belum di proses menjadi Debu Gandum. Di sini, mereka akan kongsi cara-cara bagaimana proses minyak Zaitun dari mula hingga ke proses terakhir menjadi minyak zaitun yang bermutu tinggi.

Proses untuk Biji Gandum juga ditunjukkan di sini dengan berserta demostrasi mengisar gandum serta melihat sendiri bagaimana debu gandum dihasilkan dari kisaran proses yang dibuat oleh orang Greece.

Apa yang menarik di Athens? Boleh baca selebihnya di entry ini http://www.mrjocko.com/tag/athens

 

Zafiro-Experience-Athens Zafiro-Experience-Athens Zafiro-Experience-Athens

 

Oh ya, mungkin ramai juga nak tahu, bahawa orang Greece ni banyak makan Minyak Zaitun dalam makanan mereka. Begitu juga dengan Gandum atau Roti, ia menjadi antara makanan ruji mereka dan makanan asasi di Greece. 

Pakej untuk ke Zafiro Experience ini agak mahal sedikit. Tetapi, kalau ada peluang, apa salahnya korang cuba. Samada nak sertai ‘tours’ penghasilan Minyak Zaitun dan pembuatan Roti sahaja atau dapatkan sekali pakej belajar memasak di Zafiro Experience Athens.

Biasanya, untuk pengalaman terbaik tentang mengenali budaya dan tradisi orang Greece, korang boleh mula dengan pakej minyak zaitun dan gandum roti, kemudian belajar memasak menu masakan tradisi Greece seperti Tzatziki dan juga Moussaka (Lasagna Greek).

Ada banyak info dan maklumat serta video tentang Zafiro’s Experience di laman web ini. http://www.zafiroexperience.gr/en/.  Nak alami pengalaman bercuti di Athens, boleh booking tiket penerbangan murah dari Kuala Lumpur ke Athens dengan penerbangan FlyScoot www.flyscoot.com

 

zafiro experience athens cooking mrjocko

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.