Zulfahmi Catat Kedudukan Pertama Moto3 Di Sepang
|
Tahun ni tak berkesempatan nak ke Sepang International Circuit untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP 2012 di sana. Hari tu dah pergi masa Japan GT 2012, jadi untuk MotoGP, tahun ni tengok kat rumah jer la.
Untuk sesiapa yang tak tahu, kita ada pelumba Malaysia dalam saingan Moto3 di MotoGP. Pelumba kita bernama Zulfahmi Khairuddin dan dia mewakili Malaysia ditaja oleh pasukan AirAsia.
Berita baik semalam, Zulfahmi mencatat masa terpantas dalam ujian kelayakkan Moto3 di Sepang 2012 dengan masa 2’13.885 dan kelajuan 149.178 Km/h. Selepas berakhirnya ujian kelayakkan semalam 20 Oktober 2012, hari ini Fahmi akan menduduki petak PERTAMA dalam perlumbaan Moto3 di Sepang.
Diharapkan Fahmi dan pasukan AirAsia SIC Ajo bersama jentera motosikal KTM akan berjaya menduduki Podium sebagai pemenang. Go Fahmi Go Malaysia Boleh…