Zulfahmi Khairuddin Moto3 Duta KAO Men’s Biore
|Peminat sukan motosikal tanahair semestinya akan mengenali pelumba motorsikal Moto3 iaitu Zulfahmi Khairuddin yang sememangnya bintang pelumba Moto3 yang semakin menyerlah dalan setiap rangkaian perlumbaan Moto3 masa kini. Dia kini adalah Duta KAO Men’s Biore yang baru.
Kini Zulfahmi Khairuddin sudah dilamar KAO Mens Biore untuk menjadi Duta baru KAO Mens Biore khas untuk rangkaian 4 penbersih muka keluaran terbaru produk jenama KAO Mens Biore.
Semalam semasa pengenalan Zulfahmi sebagai Duta KAO Men’s Biore, MrJocko sempat mendapatkan jawapan sendiri dari Zulfahmi tentang kecederaan pergelangan tangan beliau. Katanya memang masih sakit, tetapi beliau akan cuba sedaya upaya untuk turun beraksi di Litar Sepang hujung minggu ini sempena perlumbaan MotoGP Moto3 di Sepang, Malaysia.
Baca : MrJocko Dan Product Review
Pemilihan pelumba Moto3 Zulfahmi ini sebagai Duta KAO Men’s Biore memang bertepatan kerana setakat ini pencapaian beliau amat memberangsangkan sebagai pelumba dari Malaysia.
Semoga Zulfahmi Khairuddin pelumba Moto3 akan memberikan yang terbaik dan mempersembahkan aksi menarik buat peminat MotoGP di Litar Sepang, Malaysia.
Glamorous MrJocko