Site icon Travel Blogger Malaysia

Product Review TP-LINK Neffos C5 Smartphone Baharu

Neffos adalah jenama telefon pintar dari TP-LINK, syarikat yang terkenal dengan rangkaian produk seperti router Wi-Fi. Syarikat ini sebenarnya mempunyai pengalaman yang lama dalam Infocomms dan Teknologi (ICT), dan kini mereka memperluaskan jenama mereka dengan memperkenalkan beberapa smartphone, termasuk model TP-LINK Neffos C5.

Dengan menggunakan motto ‘Neffos C5 Live Fun’, mereka menciptak smartphone ini untuk level pertengahan dengan harga yang murah dan mempunyai kualiti yang agak berbaloi.

Baca : Pernah Beli Teledon Neffos Malaysia? Bagus Atau Tidak?

 



 

Product Review TP-LINK Neffos C5 Smartphone Baharu

Neffos C5 Live Fun Review

Model TP-LINK Neffos C5 ini kebanyakannya badan dibuat dari plastik, tetapi ia tetap padat dan tahan lasak. Penutup belakang mudah alih untuk anda menukar Sim Card dan Memory Card. Berat keseluruhannya sekitar 141 gram.

Paling MrJocko suka, bentuk dia ‘ngam’ dengan tapak tangan MrJocko. Tak besar, tidak terlalu kecil, sedang molek. Jenis macam ni, senang nak pegang dan diletakkan dalam poket.

Dikuasakan oleh 64-bit 1.3GHz quad-core pemproses MediaTek MT6735, model Neffos C5 ini mempunyai saiz 5 inci 720 × 1280 skrin dan datang dengan 2GB RAM, storan dalaman 16GB, slot kad microSD yang menyokong sehingga memori 32GB. Yang ramai suka tentang model ini, ia datang dengan slot dual SIM dan kedua-dua slot menyokong rangkaian 4G LTE. Telefon ini juga dilengkapi dengan kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel untuk selfie.

Dengan kuasa bateri 2200mAh hampir boleh bertahan untuk sehari bagi pengguna yang sederhana.

MrJocko sangat berpuas hati dengan kualiti gambar ‘game’ yang tertera di skrin Neffos C5. Walaupun smartphone ini dalam kategori entry level, tetapi kualiti dari aplikasi permainan pada paparan 5 inci ini.

Nak cerita pasal specs lain, MrJocko rasa anda boleh baca di review di laman Tech yang berkaitan. Tetapi sebagai pengguna Neffos C5 selama sebulan, banyak yang MrJocko puas hati. Antaranya bila layan anak-anak main game menggunakan Neffos C5 ini, hasil grafiknya terbaik!!!

Grafik Game dari Neffos C5

 

 

 

 

Aplikasi kamera Neffos C5 ni boleh kira average dan berbaloi dengan harga. Untuk contoh gambar menggunakan kamera Neffos C5, boleh lihat contoh yang MrJocko ambil ketika siang dan juga waktu malam. Dengan kualiti 8Mp untuk kamera belakang dan 5Mp untuk kamera depan selfie dan kira berbaloi.

Kalau nak beli, boleh dapatkan model TP-LINK Neffos C5 ini di outlet yang sah. Harga runcit RM539 sahaja termasuk GST.

Selfie guna Neffos C5
Low Light

Exit mobile version