Site icon Travel Blogger Malaysia

Bazar Ramadhan Di Kompleks PKNS Shah Alam

Kemeriahan Ramadhan dan kedatangan Syawal pasti lebih meriah dengan pelbagai jualan-jualan di rangkaian Shopping Complex dan juga Pasar Juadah Ramadhan saban tahun. Kalau di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, antara yang menjadi tumpuan utama ialah di Bazar Ramadhan Di Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor. Di sini, umpama destinasi wajib warga kota datang membeli keperluan Ramadhan dan Hari Raya setiap tahun.

Kompleks PKNS Shah Alam ini memang sinonim dengan jualan di bulan Ramadhan dan juga baju raya bagi penduduk sekitar Shah Alam, Klang, Petaling Jaya, Puchong dan juga warga Kuala Lumpur. Pusat membeli belah yang menjadi lagenda ini menyediakan pelbagai ribuan jenis pakaian dan peralatan untuk sambutan Ramdhan dan jugak Hari Raya di bulan Syawal.

Baca : Shopping Baju Raya Setiap Tahun

kompleks pkns shah alam

 


Bazar Ramadhan Di Kompleks PKNS Shah Alam

kompleks pkns shah alam
&nsbp;

Dengar khabar pusat membeli belah ini dibuka seawal jam 9.00 pagi lagi. Kiri dan kanan Kompleks PKNS ini ada ruang parkir namun kerana terlalu ramai yang datang ke sini, hampir setiap hari ia penuh dan agak sesak. Nasihat kami, kala nak ke sini boleh parkir di bangunan berdekatan seperti SACC Mall, Plaza Perangsang dan juga parkir di Taman Tasik. Sebaiknya elakkan parkir ditepi bahu jalan kerana ia akan mengundang banyak masalah termasuk risiko saman oleh pihak berwajib.
 


 

Di dalam bangunan, terletak di bahagian tepi bangunan ini, ada banyak kiosk jualan kuih raya dan makanan sempena bulan Ramadhan. Kalau di bahagian belakang, luar kompleks ada Pasar Ramadhan dan ia mula dibuka pada jam 4.00pm hingga jam 8.00pm untuk jualan juadah berbuka.
 


 

Masuk saja ke bahagian tengah, bahagian utama, kiri dan kanan korang dah boleh nampak ratusan kiosk menjual baju kurun, baju melaju, kurta, tudung, aksesori dan bermacam-macam lagi berkaitan dengan bulan Ramadhan dan Hari Raya.

Jangan risau, ada banyak pilihan yang ada, tak kira untuk lelaki atau perempuan. Malah untuk kanak-kanak masih ada banyak pilihan termasuk aksesori pakaian. Kalau nak cari yang murah, yang mahal, yang tradisional, yang moden, boleh kata semua rekaan baju raya ada di sini dengan harga berpatutan.

Tak kira siapa korang, pasti akan ada baju atau pakaian raya yang akan menjadi pilihan dan menarik di mata korang. Tak perlu nak cepat, perlahan-lahan susuri kiosk jualan ini dan tengok satu persatu. InsyaAllah, pasti akan ada satu atau dua yang akan korang beli.

Exit mobile version