Site icon Travel Blogger Malaysia

Kemeriahan Membeli di Jalan TAR

jalanTAR01
Area KL ni sememangnya banyak Bazar Ramadhan. Sana sini bleh jumpa Bazar Ramadhan.
Tetapi yang special Bazar Ramadhan Jalan Tuanku Abdul Rahman, ialah Bazar Ramadhan yang boleh katakan 99% menjual barangan keperluan hari raya seperti Baju Raya, Baju Kurung, Kasut, Tudung, Bunga, Seluar Jeans dan pelbagai barangan untuk beraya. Terdapat 2 – 3 gerai jer yang menjual makanan seperti kuih raya dan serunding.
Jalan TAR ni memang terkenal. Kalau duk KL dan tak singgah Jalan TAR musim perayaan macam bulan puasa ni memang tak sah. Kenapa, pasal kita boleh pilih pelbagai jenis barangan yang terjual kat sini. Murah plak tu nak compare dengan tempat lain.

Kalau bab peniaga, mendapat gerai dan meniaga sepanjang bulan Ramadhan di Jalan TAR merupakan rezeki yang berganda untuk mereka. Mana taknya, sesetengah peniaga boleh mendapatkan keuntungan yang jauh lebih tinggi dari hari hari biasa. Sebab tu, ramai yang sanggup beratur panjang dan berjam-jam semata-mata untuk mendapatkan undi dan meniaga dikawasan Jalan TAR, Kuala Lumpur.
Pembeli pulak, mesti lah suka. Tak payah nak pegi tempat lain, kat area Jalan TAR ni, boleh katakan semua persiapan untuk hari raya boleh didapati kat sini. Jangan kata siang, Jalan TAR ni akan penuh sesak sehingga ke jam 3 pagi setiap hari. Sebab itu lah, semua yang pernah ke sini akan teringat-ingat dengan kemeriahan membeli di Jalan TAR
Aku rasa Jalan TAR ni dan Musim Perayaan, sudah menjadi sinonim. Kemeriahan membeli di Jalan TAR di bulan puasa juga menjadi tarikan sesetengah orang. 
Bagi yang belum ke Jalan TAR, masih ada lagi 3 hari sebelum menjelang Syawal. Sempat lagi kalau nak beli disaat-saat akhir. Tapi kena ingat la, sure penuh sesak. Sesak dengan kereta, sesak dengan orang yang membeli. 

MrJocko.com

Exit mobile version