Site icon Travel Blogger Malaysia

Bazar Ramadhan Jalan TAR 2024

Kemeriahan di Bazar Ramadhan Jalan TAR 2024 Kuala Lumpur memang sentiasa ditunggu oleh warga kota. Ia menjadi tempat lokasi membeli-belah wajib ramai penduduk Kuala Lumpur, Selangor dan mereka yang tinggal sekitarnya termasuk Negeri Sembilan, Perak dan juga orang Pahang. Suasana ‘Shopping Raya’ Ramadhan dan sambutan menjelang Syawal memang lain di sini.

Tidak dinafikan, ia sememangnya sudah menjadi sebati dengan Shopping Raya saban tahun, dengan menawarkan pelbagai barangan niaga termasuk baju melayu, songkok kopiah, baju kurung, tudung, kurta, kuih raya, karpet, langsir dan macam-macam lagi. Semua benda berkaitan hari raya ada di jual di sini.

Baca : Bazar Ramadahan Terbaik Di Kuala Lumpur

Bazar Ramadhan Jalan TAR 2024

Bazar Ramadhan Jalan TAR 2024
 

Seawal jam 10.00 pagi lagi biasanya sudah ramai yang akan memenuhi ruang gerai jualan, gedung membeli-belah serta kiosk-kiosk yang disediakan di sekitar Jalan TAR. Biasanya bangunan Sogo, Pertama Kompleks, Medan Mara, Jakel, Mydin sehingga ke laluan Jalan Masjid India akan penuh dengan pengunjung yang datang untuk membeli belah menyambut Syawal.

Bagi yang ada duit, boleh pilih pakaian yang premium. Bagi yang mengira bajet, masih ada banyak kedai yang menjual barangan yang murah sempena musim Hari Raya.
 

Bazar-Ramadhan-Jalan-TAR-2024-03


 

Namun, kalau nak ke sini, pastikan korang sedia untuk jalan jauh. Kawasan ini akan sentiasa sesak dengan pengunjung dan pembeli. Seeloknya, untuk mak ayah, dukung anak-anak supaya lebih mudah dan mengelak dari insiden ‘anak hilang’.

Kalau nak beli barang, pastikan sentiasa peka dengan sekeliling. Orang ramai macam ni, akan sentiasa ada penyeluk saku dan sebagainya. Sila jaga barang anda dengan lebih cermat.

Oh ya! Jangan lupa pilih tempat berbuka yang ada sekitar kawasan ini lebih awal. Kalau tidak, ia akan penuh dengan pelanggan sejam lebih awal.

Untuk kami sekeluarga, setiap tahun akan singgah di sini untuk cari persiapan raya, jalan-jalan cuci mata dan juga berbuka puasa.

Exit mobile version