Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

63 Sea World Seoul Dunia Hidupan Laut Di Korea

Sea World Seoul 63 Building
Sea World Seoul 63 Building

 

 

Satu lagi tarikan yang ada di 63 Building, Seoul, ialah 63 Sea World yang menempatkan banyak haiwan hidupan laut untuk tontonan anda. Walaupun saiz 63 SeaWorld Seoul ini tidak sebesar Sea World Gold Coast dan juga Sea World Indonesia, tetapi ia tetap punya keunikkan tersendiri.

 

MrJocko sempat singgah dan melawat 63 Sea World semasa singgah di 63 Building bulan Mei 2014 yang lepas.

 

 

Sea World Seoul 63 Building

 

Sea World Seoul 63 Building

 

 

 

63 Sea World Seoul mempunyai 20,000 hidupan laut terdiri daripada 400 spesies yang berbeza termasuk terumbu karang, penguin, anjing laut, ikan lumba-lumba, ketam 2 meter panjang, dan banyak lagi. Hidupan laut ini dipamerkan dalam akuarium bersaiz 54 dan 26 akuarium khas. 

 

Salah satu acara kemuncak koleksi ini adalah ikan Coelacanth yang (disebut “see-la-kanth”), sebuah ikan prasejarah yang dianggap sudah pupus. Coelacanth berusia 350 juta tahun lalu, dan kewujudan misteri mereka hari ini sebagai “fosil hidup” terus mempesona saintis.

 

63 Sea World Seoul

 

Juga menunggu anda di 63 Sea World Seoul ialah ‘Dr Fish’ Ikan Pengurut Kaki dan beberapa amfibia dan reptilia, termasuk cicak dan anacondas. 

 

Sepanjang hari ada pelbagai persembahan termasuk persembahan Anjing Laut, yang menunjukkan anjing laut berbulu, pertunjukan puteri laut, dan pertunjukan memberi makan penguin. Jadi kalau anda ke 63 Sea World Seoul, anda dinasihatkan supaya semak masa persembahan supaya anda tidak terlepas persembahan yang menarik semasa di sana.

 

 

 

Sea World Seoul 63 Building

 

Sea World Seoul 63 Building

 

Sea World Seoul 63 Building

 

Sea World Seoul 63 Building

 

Sea World Seoul 63 Building

 

63 Sea World Seoul : Dunia Hidupan Laut Di Korea

 

 

Untuk ke 63 Sea World Seoul ini, anda boleh baca entry MrJocko tentang 63 Sky Art Gallery Seoul dan juga entry 63 Wax Museum Seoul. Ia terletak di bangunan 63 Building berhampiran dengan Sungai Han, Seoul, Korea Selatan.

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.