Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Blogger Brunch Bersama NEUTRAX OIL FWC

makanan-tambahan-terbaik-neutrax
Blogger Brunch Bersama NEUTRAX OIL FWC

 

 

 

Semalam, MrJocko dan rakan-rakan blogger dijemput untuk sama-sama menghadiri satu majlis yang sederhana, majlis ‘Brunch Blogger Bersama Neutrax’ bertempat di Savaro Publika, Kuala Lumpur. Majlis ini adalah anjuran dari pihak Felda Wellness Corporation (FWC) bertujuan untuk memperkenalkan beberapa produk kesihatan untuk pengetahuan umum.

 

Apakah NEUTRAX?

NEUTRAX adalah Ekstrak Kelapa Kultur dengan Bio-Lipopeptide. Ini adalah penyelesaian cecair yang boleh digunakan untuk kegunaan dan untuk kulit, rambut dan kuku. Ia merupakan satu kejayaan revolusi dalam bidang sains dan teknologi yang diperolehi menggunakan proprietari Advanced Microaerophilic Penapaian Platform Felda Wellness Corporation (FWC) ini.

 

Produk NEUTRAX ini adalah semula jadi tanpa bahan kimia dan dikaji di San Francisco, Amerika Syarikat. NEUTRAX asal boleh digunakan untuk membersihkan, memulihkan dan mengimbangi badan anda ke tahap yang optimum. NEUTRAX Terapi Minyak boleh digunakan untuk melindungi, menyuburkan dan mencergaskan semula kulit, rambut dan kuku untuk lebih sihat dan lebih bercahaya anda.

 

 

Blogger Brunch Bersama NEUTRAX OIL FWC

 

Blogger Brunch Bersama NEUTRAX OIL FWC

 

Blogger Brunch Bersama NEUTRAX OIL FWC
En Mohd Redza dari FWC

 

 

 

 

Kenapa Memilih NEUTRAX?

Apa yang dikongsikan oleh Mohd Redza, Ketua Jabatan Pembangunan dan Penyelidikkan Produk FWC, NEUTRAX mempunyai 5 faktor penting di mana ia adalah Anti-Microbial, Anti Oxidant, Anti Inflammatory, Aktif Imuniti dan Aktif Lipid.

 

MrJocko akan mencuba produk ini, terutama produk NEUTRAX Original yang mempunyai Ekstrak Minyak Kelapa untuk makanan tambahan untuk mencegah dari penyakit merbahaya. InsyaAllah, MrJocko akan cuba minum dua sudu setiap hari untuk melihat kesan ke atas badan MrJocko. Hasilnya selepas beberapa minggu, MrJocko akan kongsi secara telus dan tanpa berselindung dengan pembaca MrJocko.

 

 

 

 

neutrax_therapy_oil

 

Neutrax-original-coconut_oil

 

 

 

Terima kasih pihak FWC kerana memberikan kami sample untuk kami cuba dan memberikan feedback dalam masa sebulan yang akan datang. Banyak info baik tentang produk NEUTRAX ini kerana ia memang dijual di dalam Farmasi dan terbukti berkesan. 

 

Mungkin anda yang ada penyakit kritikal seperti jantung, leukemia, darah tinggi, kanser, kencing manis atau lain-lain 36 penyakit kritikal boleh cuba NEUTRAX sebagai alternatif pencegahan. Ada yang berkata, minyak kelapa dara original NEUTRAX ini juga boleh menyembuhkan serangan dari Denggi. Ada banyak TESTIMONI yang boleh anda rujuk jika anda berminat nak tau lebih lanjut di sini NEUTRAX TESTIMONY

 

Jadi, sebelum MrJocko kongsi kelebihan lain untuk produk NEUTRAX FWC ini, MrJocko akan cuba sendiri dulu dan akan kongsikan dengan anda semua nanti…

 

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.