Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Boleh Ke Tukar Nama Tiket AirAsia dan AirAsiaX

Satu pertanyaan yang selalu kawan tanya tentang AirAsia ialah Boleh Ke Tukar Nama Tiket AirAsia dan AirAsiaX? Ia memang menjadi misteri yang selalu mereka ingin tahu tentang isu tukar nama penumpang untuk penerbangan AirAsia.

Ada antara kita tersalah beli tiket penerbangan, tersalah beli tarikh dan tersalah beli destinasi ketika membeli tiket AirAsia dan AirAsiaX. Bila dah tersalah, mereka inginkan pertolongan AirAsia Call Centre atau AskAirAsia. Tetapi, nak dapatkan peluang masuk ke call centre AirAsia memang bukan senang. nak dapatkan queue untuk AskAirAsia pun memang selalu panjang.

Baca : Tips Beli Tiket Murah AirAsia dan AirAsiaX



Boleh Ke Tukar Nama Penumpang AirAsia dan AirAsiaX

Boleh Ke Tukar Nama Penumpang AirAsia dan AirAsiaX
 

MrJocko baru sahaja berhubung dengan pihak AskAirAsia menggunakan laman web LIVE CHAT www.askairasia.com . MrJocko telah membeli tiket pergi dan balik dari KL – KB. Sepatutnya tiket pergi balik KB – KL. Namun sebab kesesakan laluan ketika sale free seat ia mungkin kesilapan MrJocko sendiri kerana tidak menyemak di saat sebelum membayar. Kesilapan berlaku.

Jadi persoalan MrJocko kepada staff Call Centre AskAirAsia ialah yang pertama :

Boleh tak kalau saya nak tukar route (destinasi) dari KL – KB ke KB – KL (pergi balik)?

Jawapannya : Tidak Boleh menukar destinasi apabila anda sudah membeli tiket penerbangan AirAsia dan AirAsiaX. Anda boleh rujuk kepadan terma dan syarat yang ada di AirAsia.

apabila anda sudah membeli tiket penerbangan AirAsia dan AirAsiaX. Anda boleh rujuk kepadan terma dan syarat yang ada di AirAsia
 

Soalan kedua MrJocko :

Boleh tak kalau saya nak tukar nama penumpang untuk penerbangan yan telah saya beli?

Jawapannya : Tidak Boleh menukar nama penumpang apabila anda sudah membeli tiket penerbangan AirAsia dan AirAsiaX. Anda boleh rujuk kepadan terma dan syarat yang ada di AirAsia.
 

apabila anda sudah membeli tiket penerbangan AirAsia dan AirAsiaX. Anda boleh rujuk kepadan terma dan syarat yang ada di AirAsia
 

Jadi, jika anda nak beli tiket di AirAsia, sila pastikan maklumat dan laluan penerbangan anda betul sebelum membuat pembayaran. Jika tidak, tiket anda akan hanya SAH untuk tarikh dan masa yang dibeli sahaja.

Sekadar ingatan dan perkongsian ilmu tentang masalah tukar nama penumpang AirAsia atau nak tukar laluan destinasi AirAsia atau AirAsiaX. Maka terjawab la masalah Boleh Ke Tukar Nama Tiket AirAsia dan AirAsiaX.

Sekarang, korang dah tahu, Boleh Ke Tukar Nama Tiket AirAsia dan AirAsiaX. Selamat Melancong dan Selamat Terbang 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.