Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Family Trip Ke Perth Cerita Hari Pertama

Family Trip Ke Perth Cerita Hari Pertama untuk dikongsi dengan pembaca MrJocko. Ramai yang sudah bertanya, namun hari ini baru ada kesempatan. Dalam banyak-banyak family trip, ini antara yang menjadi trip paling best MrJocko sekeluarga. Trip jimat dan murah kami sekeluarga ini memang berbaloi dengan hanya kos sekitar RM5,500 sahaja, seperti yang pernah MrJocko kongsi sebelum ini di entry ini Kos Travel Bajet Sekeluarga ke Perth.

Bagaimana cara MrJocko dapatkan harga yang murah, sudah pasti dengan memilih pakej tiket penerbangan yang murah di AirAsia. Untuk trip keluarga ke Perth ini, kos tiket kami, 2 dewasa, 2 kanak-kanak dan seorang baby hanya berjumlah RM1,800 sahaja. Namun, kerana perjalanan yang jauh dan memerlukan bagasi yang agak besar untuk mengisi stok makanan, kami terpaksa membeli 20kg bagasi yang bernilai sekitar RM200. Secara kasar, kos penerbangan kami pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Perth menjadi RM2,000. 

 


Family Trip Ke Perth Cerita Hari Pertama

family_trip_ke_Perth_08-copy
 

Untung trip ke Perth kerana penerbangan dari KLIA2 menuju ke Perth ialah pada waktu tengah malam, seawal jam 12.00 tengah malam. Perjalanan selama 6 jam lebih ini menjimatkan kos penginapan semalam kami dan memudahkan kami untuk bercuti kerana jadual kami sampai di lapangan terbang Perth pada jam 7.00 pagi waktu Perth. (Ambik maklum, waktu Perth dan Malaysia tidak ada beza).

Rezeki kami, urusan Imigresen dan Kastam di lapangan terbang Perth agak lancar dan tidak ada masalah. Wife MrJocko lebih awal menyediakan dokumen lengkap untuk urusan Imigresen seperti alamat tempat penginapan serta senarai bahan-bahan stok makanan yang kami bawa untuk urusan Kastam Australia. 

Tips untuk bawa makanan ke Australia, elakkan membawa makanan yang mempunyai daging, bunga cengkih, susu dan beberapa bahan makanan yang tidak diketahui. Seeloknya, bawa makanan yang segera dan tidak punyai bahan kandungan daging. Jenama seperti Adabi, Rempah Baba’s, Maggi dan Mamee memang sudah dikenali di sana. Nak bawa beras boleh, sebaiknya bawa beras nasi himpit untuk memudahkan anda memasak.

Di lapangan terbang Perth, MrJocko dapatkan sim card Prepaid tempatan yang dikenali sebagai Optus. Hanya AUD15, anda punyai sekitar 5GB Data untuk anda gunakan selama seminggu, cukup untuk kegunaan Facebook dan juga Google Maps sepanjang di Perth.

 

http://www.mrjocko.com/2016/03/kos-travel-bajet-sekeluarga-ke-perth.html family_trip_ke_Perth_02 http://www.mrjocko.com/2016/03/kos-travel-bajet-sekeluarga-ke-perth.html http://www.mrjocko.com/2016/03/kos-travel-bajet-sekeluarga-ke-perth.html

 

Sebab kami sekeluarga, nak lebih mudah bergerak, kena sewa kereta. Kat lapangan terbang Perth ada banyak kaunter sewa kereta. MrJocko memilih untuk sewa kereta dengan Hertz dengan kadar sewa berjumlah RM1,200 selama 5 hari, termasuk tambahan seat bayi dan juga Insurans kenderaan selama tempoh tersebut. Harga sewa kereta tanpa Insuran hanya sekitar RM500 sahaja, tetapi kami tidak mahu tanggung risiko jika berlaku kemalangan. Sebaiknya, kalau anda nak sewa kereta, ambil insurans untuk mengelak dari sebarang kecelakaan.

 

 

family_trip_ke_Perth_05

http://www.mrjocko.com/2016/03/kos-travel-bajet-sekeluarga-ke-perth.html

 

 

Memandangkan kami baru sampai, MrJocko ambik masa untuk biasakan diri dengan jalan di Perth. Masalah utama bagi orang Malaysia jika memandu di Australia, ialah untuk memahami cara parkir di sana. Bukan semua lokasi boleh letak kereta sesuka hati, kerana ada tempoh dan cara parkir tertentu untuk anda ikut. Jika tidak, saman akan menyebabkan anda ‘menangis’ kerana kos saman yang tinggi.

Perlu lihat arahan parkir seperti 2P, 1P, 1/2P dan sebagainya. Untuk lebih mudah faham, 2P bermaksud kena parkir maksima 2 jam sahaja, begitu lah seterusnya.

Dari lapangan terbang, MrJocko singgah di supermarket dulu. Kami mencari makanan untuk sarapan. Yang kami cari, roti, buah, biskut, susu segar, jus buah dan beberapa snacks sebagai alas perut. Lokasi kami selepas itu, kami singgah picnic di Kings Park & Botanic Garden yang terletak di tengah bandar Perth. 

Kat sini, MrJocko, Wife dan anak-anak berehat seketika untuk menikmati keindahan taman yanb terkenal di Perth. Santai sambil tidur di bawah pokok-pokok sambil makan tengahari di sini. Paling teruja anak-anak kerana dengan cuaca yang indah sperti di Kings Park, angin sejuk memang membuatkan kami seperti leka di sini.

 

http://www.mrjocko.com/2016/03/kos-travel-bajet-sekeluarga-ke-perth.html http://www.mrjocko.com/2016/03/kos-travel-bajet-sekeluarga-ke-perth.html family_trip_ke_Perth_09

 

 

Menjelang petang, kami mula bergerak menuju ke Mindarie. Kami sudah tempah bilik untuk penginapan kami sekeluarga, melalui khidmat laman web AirBNB. Perjalanan memakan masa sekitar 2 jam, maklum lah, terpaksa memandu dengan perlahan kerana mematuhi peraturan lalu lintas di Australia. 

Di pertengahan, kami sempat singgah di Nallomara. Rezeki kami, terjumpa dengan kedai milik Muslim, orang Turki Muslim yang kini menjadi PR di Australia dan mengusahakan restoran Kebab Halal di Nallomara. Nak cari lokasi, Google Nallomara Kebab Shop. Di sini kami mencuba Fish N Chips dan juga Roti Turki yang sedap.

 

Restoran Halal Perth Restoran Halal Perth Nallomara Kebab Shop Perth

 

Kami memandu lagi dan sekitar 30 minit, akhirnya kami sampai di Mindarie, lokasi penginapan kami. Waktu itu dalam pukul 6.00 petang, dan pemandangan di sini memang cantik bila matahari terbenam. Untuk malam pertama, kami memilih untuk menginap di Homestay milik pasangan Robin dan Jenny di Mindarie. Bilik kami agak luas berserta dengan bilik air dan tab mandi yang memang cantik. Kos kami cuma sekitar RM100 sahaja, satu nilai yang sangat berbaloi. 

Robin dan Jenny memang peramah, namun, kami tidak dapat nak berbual panjang lebar kerana kepenatan. Sebab bilik tersebut tiada TV atau Radio, kami tidur awal selepas waktu makan malam pada jam 7.00 petang. Untuk hari pertama di Perth, ia memang menarik dan berbaloi. Makan malam dengan lebihan Fish n Chips serta roti dan buahan yang memang segar dari super market. Anak-anak pula, kenyang dengan menu Mee Segera sebagai alas perut tambahan. 

 

 

family_trip_ke_Perth_13 family_trip_ke_Perth_14 family_trip_ke_Perth_15

 

Memandangkan bila malam cuaca agak sejuk, kami semua tidur lena dengan kemudahan satu katil besar dan tilam tambahan yang memang empuk. Lena dengan kesejukkan, kekenyangan dan kepenatan. Esok, kami perlu memandu lagi untuk ke Pinnacles Park.

Untuk Family Trip Ke Perth Cerita Hari Pertama, MrJocko habiskan di sini. Kita sambung cerita hari kedua di Perth…

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.