Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Karim’s Mughal Restaurant Delhi Resipi 100 Tahun

Rezeki kami bila jejak kami sekali lagi di Delhi, kami dibawa ke restoran lagenda Empayar Mughal. Aku berpeluang untuk buat food review Karim’s Mughal Restaurant Delhi, resipi 100 tahun tukang masak yang pernah berada di dapur Empayar Mughal di Agra Uttar Pradesh. Menu utama kali ini, Biryani, Ayam Bakar dan Kari Mutton bersama Roti Naan.

Aku diberitahu, yang restoran Karim’s ini antara restoran Authentic yang masih lagi menggunakan resipi purba Kerajaan Empayar Mughal beratus tahun dahulu. Mereka ada banyak cawangan di India, dan paling banyak di kota Delhi. Menu mereka Halal dan pemiliknya, pekerja adalah Muslim.

Baca : Makanan Sedap Nasi Ganja Di Bangsar

Food Review Karim’s Mughal Restaurant

 


Food Review Karim’s Mughal Restaurant Delhi Resipi 100 Tahun

Karim's Mughal Restaurant Delhi

Karim's Mughal Restaurant Delhi

Karim's Mughal Restaurant Delhi
 

Dari kota Agra, kami bertolak ke Delhi. Disebabkan jalan agak sesak, kami sampai di Karim’s Mughal Restarant Delhi agak lambat. Perut memang lapar. Sangat sesuai dengan suhu malam yang agak dingin memang menambahkan lagi nafsu makan kami ke tahap maksima.

Hidangan makan malam kali ini sangat serasi dengan citarasa tekak orang Malaysia. Nasi Biryani, Ayam Bakar, Roti Naan dan juga Mutton Curry authentic dari negara India. Bau dari luar sudah menggiurkan. Group kami, memang tak sabar. Belum sempat dipelawa, semua sudah menjamah makanan masing-masing. Bismillah…
 

Karim's Mughal Restaurant Delhi

Karim's Mughal Restaurant Delhi

Karim's Mughal Restaurant Delhi

Karim's Mughal Restaurant Delhi

Karim's Mughal Restaurant Delhi

Karim's Mughal Restaurant Delhi

Karim's Mughal Restaurant Delhi
 

Tak terkata rasa authentic kali ini, Payah nak jumpa kala di Malaysia. Rempah yang digunakan oleh mereka untuk memasak menu asli Mughal Empire ni memang sangat-sangat klasik dan sangat sedap. Tak ada tandingan dengan menu yang pernah aku rasa di Malaysia.

Thumbs up kepada Tour Guide kami yang membawa kami merasa sendiri keenakkan citarasa Di Raja Mughal. Sangat sedap… Burp!!! Alhamdulillah. Korang, mesti cuba kala ke Delhi.

Karim's Mughal Restaurant Delhi
 

Untuk korang yang nak cuba, cari sahaja di carian Google Karim’s Mughal Restaurant. Akan ada banyak lokasi carian. Atau, pergi sahaja ke cawangan ini Karim’s Mughal Restaurant Halal Delhi.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.