Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jom ambik DUIT RM100

Hari Jumaat, aku singgah sekolah Khalisha. Terpaksa singgah kerana katanya nak kena ambik duit bantuan dari Kerajaan sebanyak RM100. Tak boleh tak ambik, nanti Teacher dia marah. Nak tak nak aku singgah jugak la. Lagipun, Mem besar suruh register sekali untuk Hasya bagi pengambilan tahun 2014 nanti.

Nak dapat RM100 bantuan melalui sekolah ni senang sahaja. Datang ke sekolah, jumpa Cikgu Kelas, bagi tahu nama anak, buat semakan dan ambil duit dengan Cikgu Kelas. Jangan lupa tandatangan borang penerimaan untuk memudahkan rujukan pihak sekolah.
Untuk Hasya pula, aku siapkan salinan IC, salinan bil utilities, isi borang permohonan di sekolah dan tunggu jawapan daripada pihak kementerian pelajaran samada permohonan untuk bersekolah di situ di terima atau tidak… pun mudah, pastikan buat permohonan awal-awal supaya tidak kelam kabut di kemudian hari..
Selesai urusan, aku singgah ke kelas Khalisha. Masa tu kebetulan masa rehat, dan teruja aku bila tengok Khalish tengah menyapu sampah di dalam kelas. Katanya hari ni turn dia cuci kelas. 
Abis cuci kelas, aku bawa di ke Koperasi Sekolah untuk beli baju sukan extra. Dah dapat saiz, aku hantar dia pulang masuk kelas.

Bye-bye Khalish, nanti belajar rajin-rajin yerrr

MrJocko.com

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.