Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kucing Percuma Di Booth OMIEY HOME MATRADE

Hari ini, MrJocko singgah di MATRADE Kuala Lumpur, ada jualan Factory Outlet Carnival (FOC) yang diadakan di dalam bangunan MATRADE dan sekitar bangunan tersebut sejak beberapa hari lepas sehingga lewat petang esok, Ahad 22 Disember 2013.
Yang best kat sini ada aktiviti anjuran Persatuan Peminat Kucing Kuala Lumpur dan Selangor. Lebih menarik apabila ia menjadi tumpuan bila Omiey Home menawarkan beberapa ekor anak kucing untuk dijadikan anak angkat kepada keluarga baru. Ada lebih dari 100 ekor anak-anak kucing diletakkan di booth Persatuan Peminat Kucing Kuala Lumpur Dan Selangor ini untuk jualan dan diberikan percuma kepada pemilik baru.
Kucing Percuma Di Booth OMIEY HOME MATRADE

Banyak juga jenis kucing ada kat booth Omiey Home ini dan bagi yang datang awal, mereka bernasib baik kerana dapat memilih jenis baka kucing yang cantik dan menarik untuk diambil sebagai binatang peliharaan mereka.
Oleh kerana my kids pun minat dengan kucing, maka nak tak nak MrJocko ambil peluang ini untuk mengambil seekor anak kucing betina berumur 4 bulan sebagai keluarga baru kami dari Omiey Home. Yang paling gembira sudah pasti my kids, teruja punyai binatang peliharaan yang baru.
Oleh kerana kucing ini percuma, kos MrJocko cuma bayar harga makanan kucing premier RM20, bekas dan pasir RM25. Itu sahaja. Kat rumah memang ada sangkar besar yang kami pernah guna untuk arnab.
Bagi peminat kucing, jangan lupa kalau nak beli barang kucing murah, nak dapatkan kucing baru, sila ke MATRADE KL di Omiey Home, di Booth Persatuan Peminat Kucing Kuala Lumpur dan Selangor. Ia akan berakhir pada petang esok sekitar jam 6.00 petang.
MrJocko belum ada nama untuk kucing ini. Ada sesiapa boleh bagi cadangan untuk nama anak kucing betina ini???

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.