Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Lee Gardens Hatyai Walking Street Popular

Hatyai adalah pekan yang tak perlu lagi diperkenalkan kepada pelancong Malaysia. Saban hari, tak kira waktu cuti atau hari biasa, tidak kira hujung minggu atau hari bekerja, lokasi ini menjadi tumpuan ribuan rakyat Malaysia. Antara yang popular ialah di Lee Gardens Hatyai Walking Street.

Sana-sini, kalau anda singgah di Hatyai Walking Street ini, setiap masa akan lihat ramai pelancong Malaysia membeli belah, makan-minum dan juga bersiar-siar sekitar bangunan Lee Gardens Plaza Shopping Mall.

Baca : Hotel Bajet Murah Dan Cantik di Bandar Hatyai Thailand

 


Lee Gardens Hatyai Walking Street Popular

Lee Gardens Hatyai Walking Street

Kawasan pasar malam ini juga lebih dikenali dengan nama Hatyai Walking Street ini dipenuhi dengan hampir 80% peniaga Muslim. Jangan risau dengan makanan yang dijual di sini, banyak yang menyediakan menu makanan Halal.

Kalau di Malaysia, ia umpama kawasan tapak niaga Uptown. Lokasi Hatyai Walking Street ini antara tapak jualan yang beroperasi hampir setiap malam dan ia antara yang terawal di Hatyai.

Kalau tak silap, waktu operasinya bermula sekitar jam 4.00 petang dan berakhir pada jam sekitar 12.00 tengah malam.

Baca : Tempat Menarik di Hatyai Thailand

Lee Gardens Hatyai Walking Street

Lee Gardens Hatyai Walking Street
Halal Foods di Lee Gardens Hatyai Walking Street
Lee Gardens Hatyai Walking Street
Shopping murah di Lee Gardens Hatyai Walking Street

Ada banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan di sini. Ia mengelilingi hampir separuh bangunan Lee Gardens Plaza Shopping Mall. Dari pakaian, kasut, aksesori, mainan hingga lah kepada makanan, boleh dikatakan banyak yang menarik ada di sini.

Kalau nak dibandingkan dengan harga, sudah pasti banyak produk yang dijual di sini, jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Lagipun, ada banyak barang kraf, yang berkualiti dijual dengan harga yan gsangat murah dan tidak ada di jual di Malaysia.

Hatyai Walking Street

Hatyai Walking Street
Mainan semurah 100 Baht

Hatyai Walking Street

Pasal makanan, jangan risau. Dari menu Tomyam, Pakapau, Pulut Mangga, Pulut Durian, Ayam Goreng, Sotong Bakar, macam-macam ada dengan harga yang sangat berpatutan. Paling penting, kita sebagai orang Malaysia, Muslim, tak risau sebab yakin sangat yang menjual makanan di sini, ramai yang beragama Islam berasal dari Narathiwat, Suratthani, Satun dan malah ramai orang Islam yang asal dari Hatyai.

Hatyai Walking Street
Air Kelapa Istimewa di Lee Gardens Hatyai Walking Street
Hatyai Walking Street
Lokasi Lee Gardens Hatyai Walking Street terletak bersebelahan Lee Garden Plaza Hotel

Antara tips, kalau nak shopping makanan di sini, pastikan gerai yang anda pilih berwarna hijau (kebiasaannya). Rata-rata peniaga Muslim meletakkan logo Halal (dalam bajasa Arab). Kalau masih lagi was-was, boleh bagi Salam.

Untuk membeli pakaian, mainan, kraf atau produk lain, biasanya harga yang dijual boleh ditawar, Jangan risau, selalunya, kalau nak beli banyak, boleh dapat lagi murah.

Untuk info lebih lanjut tentang Hatyai, boleh layari Tourism Thailand Hatyai.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.