Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Nuffnang Review Filem – Lock Out

Kali ni MrJocko nak review pasal filem Aksi, Lock Out. Dalam bahasa mudah, orang Malaysia, kita kenal sebagai LOKAP. Betul tak???
Semalam, MrJocko dijemput lagi untuk hadir ke tanyangan perdana, filem Lock Out. Filem ni lakonan Guy Pearce dan heroinnya adalah Maggie Grace yang sangat comel. Mentang-mentang la dia heroin kan?
Filem ni mengisahkan Snow yang di sabitkan kesalahan membunuh kawannya sendiri, kemudian bakal di hantar ke Penjara Angkasa Lepas MS1 yang mana ia menjadi penjara kekal selamanya.
Dalam masa yang sama, anak Presiden Amerika Syarikat, Emilie Warnock yang mengetuai rombongan badan kebajikan yang menjaga hak asasi manusia ke Penjara MS1 untuk melihat sendiri bagaimana penjara Angkasa Lepas itu beroperasi. 
Malang bagi rombongan Emilie Warnock apabila ketika sessi soal jawab ‘kaji selidik’ salah seorang Banduan, Hydell, tragedi berlaku mengakibatkan Emilie tercedera dan Hydell berjaya membuka kesemua 500,000 banduan yang sangat merbahaya yang berada dalam penjara MS1 itu.
Kekacauan berlaku dan Alex, Penjenayah Terkenal, yang bertindak sebagai ketua mengambil alih kawalan di penjara tersebut. Kesemua rombongan Emilie dan pegawai penjara di jadikan tawanan dan ada yang di bunuh. Nasib Emilie makin buruk, apabila Alex mengetahui yang dia sebenarnya anak perempuan kepada Presiden Amerika Syarikat. 
Snow yang pada mula sepatutnya di hantar ke MS1 sebagai penjenayah, telah ditawarkan untuk menyelamatkan Emilie dan membawa Emilie pulang ke bumi. Snow bersetuju kerana jika dia ke MS1, dia juga dapat menyelamatkan kawannya, Mace yang juga di tangkap dan di bawa ke sana.
Sememangnya filem ni memang best. Dari awal lagi penuh dengan aksi. Guy Pearce memang watak sesuai untuk menjadi hero ‘Snow’ kerana aksi dan lawak nya. Di samping aksi, aku pun terbahak-bahak dengan lawak tak habis dari Snow.
Emilie yang comelllll… 🙂










Hero filem ini, Snow
Watak Hydell, penjenayah Psycho dan gila

watak Alex, abang kepada Hydell

Kalau nak tau berjayakah Snow, apa sebab lain Snow nak ke MS1 dan mencari Mace? Siapa yang merancang komplot? korang boleh sendiri saksikan filem Lock Out ini di TGV berhampiran. Serius, memang best. Tak rugi korang tengok cerita aksi dan science fiction ni.
Paling aku suka, ada scene bomb, “Anti Voice”. Korang tengok la sendiri yer… Hari ni boleh ke Pawagam berhampiran. Thanks Nuffnang dan TGV KLCC untuk tayangan Perdana Lock Out semalam 🙂

Bintang : 4 out of 5

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.