Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Operasi Gigi Kapak Hasya

Kali ni kami kena bawak Hasya pulak ke Klinik Gigi. Gigi depan dia dah nak tumbuh baru. So, yang nak tumbuh tu, dah menolak gigi sedia ada membuatkan Hasya jongang. Walaupun tak goyang, tak rosak, nak tak nak kena cabut jugak untuk bagi ruang gigi baru nak tumbuh.
Kami ke Doktor Gigi, Klinik Siti Aminah, Greenwood, tempat biasa kami pergi. Kali ni tak payah buat appointment, pergi sahaja, tapi kena tunggu lama sikit.
Sementara menunggu, bagila diorang ni layan iPad dulu nak ilangkan gemuruh dan takut. Dua dua khusyuk layan Mr Bean.

Masuk jam 11.00 pagi, nama kami di panggil. Nasib baik la tak lama. Mula-mula turn kakak, Khalish. Check biasa jer pasal Khalish baru jer cabut 2 – 3 bulan lepas. Bila tiba jer turn adik, Hasya, dia dah mula nangis. Tak nak naik atas kerusi doctor. Sib baik Doktor Gigi muda tu pandai pujuk, Perlahan-lahan, lepas tu bagi gel kebal strawberry, kemudian baru cucuk ubat bius. Masa tu baru la dia nangis sekuat hati. Sedih pulak tengok.

Mummy dia dah pegang kuat-kuat. Aku pulak pujuk pegang kepala suruh jangan nangis…

Lama selepas dia dah kebas, doktor tu cabut senang jer pakai playar. Ok, tak nangis.
Abis jer, lepas ambik ubat, dia dah tuntut upah, nak aiskrim. So, kena la beli aiskrim… Skang Hasya pulak yang rongak.

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.