Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Persembahan NinjaGo LIVE Show Di LEGOLAND Malaysia

Apa yang menarik di LEGOLAND Malaysia? Banyak sebenarnya. Antaranya ialah Persembahan NinjaGo LIVE Show Di LEGOLAND Malaysia. Sebelum ini anda mungkin melihat LEGO biasa, kali ini, anda melihat persembahan LEGO yang hidup. Ia dipersembahkan di atas pentas di hadapan anda.

Ia antara kisah LEGO yang popular membawakan watak-watak hebat dari kisah NinjaGo. Temui adiwira hebat NinjaGo iaitu Kai, adiknya Nya, Cole, Jay, Llyod, Zane dan semestinya Guru mereka Sensei Wu.

Baca : Tempat Permainan Terbaik di Johor Bahru Legoland

 


Persembahan NinjaGo LIVE Show Di LEGOLAND Malaysia

Persembahan NinjaGo LIVE Show Di LEGOLAND Malaysia
 

Tips Menonton NinjaGo LIVE Show Legoland

Pastikan anda datang awal untuk dapat seat paling menarik. Boleh ambil gambar persembahan, tetapi jangan menggunakan Flash Kamera

 

Persembahan ala Puppet ini memang unik dimana setiap watak hero NinjaGo dikawal oleh dua orang manusia. Aksi puppet LEGO ini memang seakan hidup dan beraksi di atas pentas mengikut jalan cerita yang hebat.

Kisah yang dipersembahkan diberi tajuk ‘The Realm of Shadow Life. Mengisahkan adiwira NinjaGo Kai dan adiknya Nya serta rakan-rakannya, Cole, Jay, Llyod dan Zane menentang kuasa jahat Clouse.

Clouse telah melepaskan Cursed Realm dan merancang untuk membawa Ninjago ke dalam alam kegelapan dengan menggunakan Bandit iaitu Naga muda YinYang. Clouse juga mengumpul daya Shadow Minions untuk membantu beliau menangkap Bandit.

Apa yang terjadi selepas itu? Anda kena lihat sendiri persembahan hebat dari aksi anak-anak Malaysia sendiri dalam merealisasikan persembahan ini dengan begitu ‘hidup’.

 

Persembahan NinjaGo LIVE Show Di LEGOLAND Malaysia

NinjaGo LIVE Show Di LEGOLAND Malaysia

 

Persembahan NinjaGo LIVE Show Di LEGOLAND Malaysia Persembahan NinjaGo LIVE Show Di LEGOLAND Malaysia Persembahan NinjaGo LIVE Show Di LEGOLAND Malaysia Persembahan NinjaGo LIVE Show Di LEGOLAND Malaysia

 

Penggunaan pentas yang memang sepenuhnya, props dan cahaya yang diserasikan dengan sempurna serta kesan khas yang bersesuaian menjadikan ia satu persembahan ‘patung’ LEGO yang terbaik pernah MrJocko saksikan setakat ini. Anak-anak MrJocko, Khalisha dan Hasya juga memang teruja. Baby Kayla dari mula sampai habis memang tak berkelip melihat aksi patung LEGO besar bermain-main di hadapannya.

Syabas buat pasukan yang mempersembahkan The Realm of Shadows NinjaGo.

 

Persembahan NinjaGo LIVE Show Di LEGOLAND Malaysia Persembahan NinjaGo LIVE Show Di LEGOLAND Malaysia Persembahan NinjaGo LIVE Show Di LEGOLAND Malaysia

 

 

Persembahan yang berlangsung sekitar 20 minit ini memang mengujakan sesiapa sahaja, terutama kanak-kanak.

Persembahan ini dikenali juga dengan Bunraku cara NinjaGo yang mana pengembaraan interaktif LIVE membolehkan anda menikmati dunia yang penuh aksi yang menyeronokkan daripada NinjaGo. Ia dipersembahkan melalui gabungan kesan khas state-of-the-art 4D, memukau boneka dan pemetaan video khas.

Setiap hari, ada 2 persembahan untuk NinjaGo LIVE Show ini. Satu disebelah pagi dan satu lagi disebelah petang.

Jangan lupa waktu persembahan ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.