Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Unique Visitor Naik Mencanak-canak

Selepas aku kembali menulis November tahun lepas, aku rasa ada semangat balik. Tambah-tambah lepas menang tempat kedua dalam event Nuffnang. Berbaloi sungguh kalau kita rajin dan setia kepada Nuffnang. Mana nak cari hadiah percuma Blackberry Torch 9810 berharga sekitar RM1600???
Dulu aku tak tau camana nak buat untuk tarik pembaca ke blog. Aku cari juga bagaimana cara nak bagi naik hits visitor ke web dan juga cara nak bagi rating blog aku naik. Skang dah tau sikit-sikit. Antaranya, kena rajin menulis, baru orang nak baca…
Aku garap balik entry untuk share dalam blog aku ni, MrJocko.com untuk sama-sama merasai pengalaman vacation dan travel kami samada di Malaysia dan luar Malaysia.
Ternyata memang berbaloi. Banyak key point dan keyword yang menjadi punchline untuk tarik pembaca ke blog aku. Dan hari ni, setelah sekian lama, sudah cecah 300 unique visitor sejak sekian lama blog aku ber’sawang’. Kalau dulu, sehari tak sampai pun 20 orang datang menjenguk. Rasa macam syok sendiri punya blog pulak…
Selagi aku ada masa, aku akan tulis lagi. Share apa yang patut. Semestinya aku nak share pasal perjalanan travel kami sekeluarga… Terima kasih kerana membaca 🙂

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.