Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

AirAsiaX Rugi RM5.6 Bilion DiJangka Buang Lebih Ramai Pekerja

Menghampiri Suku Tahun Kedua, sekali lagi diberitakan bahawa, AirAsiaX Rugi RM5.6 Bilion DiJangka Buang Lebih Ramai Pekerja. Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh AirAsia X Bhd (AAX), dijangka akan membuang lebih ramai pekerja selepas merekodkan kerugian bersih yang berjumlah berbilion ringgit bagi suku berakhir 31 Mac 2021. Harap ini tidak akan berlaku dan akan ada cara lain utnuk AirAsiaX Survival.

Pihak AAX berkata, pendapatan syarikat tersebut telah menyusut sebanyak 29.6 peratus, kepada RM38.49 juta disebabkan kebanyakan pesawat syarikat ini masih tidak boleh beroperasi ekoran pandemik COVID-19. Umum tahun, sejak bulan April 2020 mereka hanya meneruskan penerbangan penting sahaja selain jumlah penerbangan kargo dan sewaan khas yang terhad.

Baca : Harga Tambang Tiket Penerbangan AirAsia Paling Murah

 


AirAsiaX Rugi RM5.6 Bilion DiJangka Buang Lebih Ramai Pekerja

Syarikat_AirAsiaX_Rugi_Tahun_2021_1

Syarikat_AirAsiaX_Rugi_Tahun_2021_4
 

Kumpulan AirAsiaX dikatakan mencatatkan kerugian disebabkan oleh perbelanjaan operasi lain-lain berjumlah RM5.21 bilion pada tempoh dikaji berbanding RM45.06 juta pada suku sebelumnya. Banyak tu, dan ia memang dijangka kerana bukan sahaja AirAsiaX, malah kesemua syarikat penerbangan seluruh dunia sedang mengalami kerugian akibat penutupan sempadan, wabak Covid-19 dan juga perlaksanaan PKP seluruh negara dan sesetengah negara di dunia.

AAX berkata, bagi mengekalkan kecairan pada masa yang mencabar ini, kumpulan itu telah meminta penangguhan pembayaran dan konsesi dari pembekal, pemiutang dan pemajak serta mengurangkan perbelanjaan modal.

Sumber : Astro Awani
 

Syarikat_AirAsiaX_Rugi_Tahun_2021

Syarikat_AirAsiaX_Rugi_Tahun_2021_2

Syarikat_AirAsiaX_Rugi_Tahun_2021_3

Syarikat_AirAsiaX_Rugi_Tahun_2021_5
Tony Fernandes AirAsia

Ada juga untuk cadangan pengurangan gaji. Menurut AAX, ia telah dilaksanakan di semua peringkat dan jumlah pekerja telah dikurangkan sebanyak 10 peratus dengan merancang pengurangan selanjutnya terutama dalam pekerjaan yang berkaitan dengan operasi penerbangan.

Saya sendiri, sebagai rakyat Malaysia dan pernah beberapa menaiki penerbangan AirAsia dan juga AirAsiaX berharap agar syarikat penerbangan tambang murah terbaik didunia ini selama hampir 9 tahun berturut-turut akan sentiasa berdiri dan akan memberikan khidmat mereka kepada rakyat Malaysia khususnya.

Semoga rakan-rakan di AirAsia akan sentiasa bersemangat dan InsyaAllah, ada rezeki, kita kembali ke dunia kembara setelah habis wabak Covid-19 di Malaysia dan di seluruh dunia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.