Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

BAAN 2011 @ Sunway Resort

Sudah masuk tahun kedua dan tahun ni aku layak ke BAAN 2011.

Untuk saper2 yang tak tau, BAAN adalah Branch Annual Award Night dan di adakan sempena meraikan mereka2 yang berjaya dalam sales tahun 2010. Kebanyakkan yang hadir adalah terdiri dari RM1 juta Producer bagi tempoh 2010.

Malam ni kira malam penghargaan Agency kepada mereka2 yang berjaya dalam sales masing2. Bagi yang “Top Producer” dapat la pegang award, bagi yang RM1 juta Producer, dapatla sijil. Sedikit penghargaan seperti ni, cukup untuk beri semangat baru agar tahun 2011, lebih memberi motivasi dan peluang untuk mengejar sebanyak mungkin “sales”.

Bagi kawe, sungguh puas hati. Segala titik peluh kawe buat part time tahun lepas sudah berbalas. Baru separuh, masih ada separuh lagi pada bulan Julai 2011. Tak perlu tunggu setahun, dalam masa sebulan hingga ke 6 bulan, kawe dah tuai hasil…

Untuk grup agency kawe, lebih 10 orang yang layak untuk ke BAAN 2011, tapi oleh kerana masalah masa dan komitmen lain, cuma kami berlima saja yang dapat hadir. Kalau dapat kumpul semua satu geng kan best… Kawe puas hati kerana Boss kawe, Mr Faisal ada bersama2 kami memberi sokongan. Begitu juga Otai2 yang lain seperti Mr Jai dar Klang Branch. Yang lain mungkin next dinner baru boleh ketemu. Apapun, itu smua tak penting, yang pasti tahun 2011, kami dah layak untuk join TRIP NSC Percuma anjuran Agency. Berbaloi-baloi…

Yang ni pulak bro Ismail. Orangnya COOL, tetapi sudah berada dalam industri ini selama 18 tahun. Banyak pengalaman berguna yang bleh di ambil dari beliau. Respek lu la Bro. 🙂 Aku, semuga tahun depan dapat naik ke stage untuk menerima Piala… Amin…

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.