Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga Tiket AirAsia KLIA Okinawa Bermula RM239

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dan mula mempromosikan destinasi baru mereka hari ini dengan memperkenalkan Pulau Okinawa di Jepun. Untuk tempoh promosi harga tiket pengenalan, ia sangat berbaloi untuk anda beli. Harga Tiket AirAsia KLIA Okinawa Bermula RM239 untuk AirAsia Members.

Mereka yang memang kaki jalan, khususnya peminat destinasi Jepun, pasti akan tertunggu-tunggu destinasi ini kerana ia antara destinasi impian ramai orang Malaysia. Mengikut cerita dulu-dulu, di Pulau Okinawa ada ramai penduduk yang berasal dari Tanah Melayu, atau kini Malaysia.

Sedikit info tentang kaitan Pulau Okinawa dengan Orang Melayu, boleh baca di sini Melayu Nusantara – Okinawa.
 

Harga Tiket AirAsia KLIA Okinawa Bermula RM239

Harga-Tiket-AirAsia-KLIA-Okinawa-Bermula-RM239

Harga-Tiket-AirAsia-KLIA-Okinawa-Bermula-RM239
Pulau Okinawa Jepun

Pertama kali seingat saya melihat Pulau Okinawa, ketika dalam cerita The Karate Kid Part 3 yang membuat penggambaran di Pulau Okinawa. Ya, ini cerita lama, ketika tahun 1989. Masa tu, Jepun sudah mempromosikan destinasi Okinawa.

Berbalik kepada Pulau Okinawa, ada banyak lokasi menarik di sana. Pastinya peminat pantai, laut, hidupan laut, serta makanan laut akan teruja untuk melancong ke Okinawa. Ada banyak tempat menarik di Okinawa dan anda bole baca di pautan Best Place in Okinawa.

Baca : Banyak Tempat Menarik Di Jepun

tempat-menarik-di-okinawa
Pantai Cantik di Okinawa
tempat-menarik-di-okinawa
Pemandangan Indah di Okinawa
tempat-menarik-di-okinawa
Gua Terkenal di Okinawa Jepun
Okinawa Cave
Cantik kan?

Dengan harga serendah RM239 sehala dari Lapangan Terbang KLIA ke Okinawa, pasti ia satu promosi yang menarik dan rugi kalau anda lepaskan.

Untuk info kepada mereka yang belum mengenali Okinawa. Kalau nak tahu, Okinawa merupakan salah satu pulau dan negeri di Jepun, jauh terpisah dari tanah besar Jepun. Satu-satunya jalan untuk ke Okinawa adalah dengan menggunakan pengangkutan udara.

Antara yang unik tentang Okinawa Jepun, ia hanya mempunyai dua musim sahaja, iaitu musim panas dan musim hujan sama seperti Malaysia. Untuk makluman, tiada musim salji, tiada musim luruh di Pulau Okinawa. Ya, Pulau Okinawa juga terletak di atas garisan Khatulistiwa.

Nak tahu lebih banyak tentang Sejarah Okinawa, boleh baca di pautan ini Wikipedia Okinawa.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.