Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Berapa Kos Sara Hidup Di Kuala Lumpur?

Tertarik dengan isu kenaikkan barang-barang asas seperti Petrol dan Gula, kemudian diikuti dengan Tax GST di Malaysia yang akan dikenakan pada 1 April 2015 nanti, ramai yang berpendapat kos sara hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur semakin hari semakin meningkat. Persoalannya, bagi anda, berapa kos sara hidup di Kuala Lumpur?

 

Jika anda seorang yang berkerja di Kuala Lumpur, perkara utama yang anda akan ambil kira ialah kos pengangkutan, makan dan minum, pakaian, hiburan dan perkara-perkara lain seperti bil telefon, utiliti dan macam-macam lagi. 

 

Penginapan

Yang ni antara kos paling besar kalau menetap di Kuala Lumpur. Rata-rata sewa rumah dikenakan sewa serendah RM600 dalam keadaan rumah flat atau apartment murah. Kos harian = RM20

 

Pengangkutan

Seperti MrJocko, untuk kos pengangkutan, sehari memerlukan cuma sekitar RM10.00 untuk kos petrol kereta dari rumah, pusing kawasan KL jumpa klien dan juga urusan lain. Ini dikira dari segi kos purata dan memang memandu dalam bandar KL sahaja, belum kira kalau ada kerja di Shah Alam atau kawasan lain yang selalu menjadi destinasi kerja. 

 

Makanan

Waktu pagi, jarang sangat di Kuala Lumpur anda boleh dapatkan sarapan pagi dengan kos bawah RM5.00 termasuk makan dan minum. Ada beberapa tempat, tetapi kebiasaannya, kalau MrJocko bersarapan di Kupang Bank Negara, kos sarapan tersebut dalam RM5.00. Makan tengahari agak susah kalau nak cari yang murah. Rata-rata makan tengahari kos antara RM7.00 bagi setiap hidangan. Ini belum termasuk makan di Cafe atau restoran mahal. Makan malam selalunya makan bersama keluarga. Jadi bila beli banyak, makan bersama, agak murah. Mungkin boleh dikatakan dalam RM4.00 bagi setiap seorang.

 

 

kos sara hidup di Malaysia
Berapa Kos Sara Hidup Sehari Anda Di Kuala Lumpur?

 

kos sara hidup di Malaysia

 

 

Pakaian

MrJocko beli kadang-kadang 3 bulan sekali jer. Jarang la shopping tiap-tiap bulan. Masalah skang, pakaian kat Kuala Lumpur pun, bukannya murah. Kalau kemeja lelaki sekitar RM50.00 sehelai dah kira harga yang paling murah dah tu bersesuaian dengan kualiti kain yang sederhana. Seluar pulak dalam RM80.00. Kasut pulak, tak boleh beli yang murah sangat kerana tak ada kualiti. Selalunya kalau kasut kena beli yang selesa sedikit untuk kita selesa ke sana dan ke sini. Harga sekitar RM150.00 untuk satu pasang. Jadi kalau di kira yang asas, RM50 + RM80.00 + RM150 = RM300. Di bahagi kepada 90 hari bersamaan RM3.00 sehari.

 

Hiburan

Cara MrJocko berhibur selalunya diterjemahkan dengan bercuti bersama keluarga. Untuk masa sekarang, kami travel dalam Malaysia sahaja kerana selepas berhenti kerja dari sebuah syarikat yang besar ini, MrJocko menjalankan perniagaan sendiri. Jadi kena la berjimat, di samping gigih bekerja membayar hutang piutang yang lama. Kalau kos travel kami sekeluarga sekitar RM1,200.00 dalam masa 3 bulan. Jadi boleh kata kos hiburan MrJocko sekitar RM13.00 bagi setiap hari.

 

Bil-bil Utiliti

Untuk kos bil utiliti seperti telefon, bil letrik, air, TV berbayar dan internet, rasanya kos bulanan kesemuanya bernilai sekitar RM500.00. Jadi, kalau di bahagi kepada 30 hari, bersamaan RM16.00.

 

Okay, cukup dah tu kot. yang lain, kita tak payah kira lagi. Kos pembelajaran anak-anak, kos hobi, kos untuk simpanan dan perkara-perkara tidak terduga biarkan dulu. Kita kira kos asas dulu. jadi total antara penginapan RM20.00 + pengangkutan RM10.00 + makanan RM16 + pakaian RM3.00 + hiburan RM13.00 + bil utiliti RM16.00 = RM58.00. Perlu diingat, ini tidak termasuk kos pembelajaran anak-anak, tanggungan untuk keluarga isteri, dan ibubapa, bayaran bulanan kereta atau motor serta kos-kos lain dalam kecemasan. Kos RM78 untuk satu hari ini merupakan kos minima yang paling murah. Bermakna, untuk seorang dewasa, memerlukan sekitar RM78.00 sehari untuk hidup di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur dan sejumlah RM2,340.00 untuk tempoh sebulan

 

Jadi, fikir-fikirkan bagaimana cara untuk kita memajukan diri supaya kita boleh mendapatkan nilai lebih dari RM78.00 sehari atau lebih dari RM2,340.00 dalam masa sebulan. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk memajukan diri, asalkan kita berusaha. Berapa kos sara hidup di Kuala Lumpur anda boleh tentukan sendiri dengan usaha dan kudrat anda.

 

p/s: Untuk nilai hiburan tu, anda boleh tukar kepada kos pembelajaran, atau kos kemajuan diri. Mana tau nak sambung belajar, nak simpan duit dan sebagainya. Tidak semestinya pakai kos tu untuk travel.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.