Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Blog Panas Aidid Muaddib Kena Remove

Dulu aku kalau nak cari info pasal business baru, multi level marketing, skim cepat kaya, atau apa-apa business, aku cuba dulu jengah di blog www.aididmuaddib.blogspot.com
Tapi dah lama tak singgah sini. Sekali tadi bila baca kat AnakKedah katanya blog ni sudah di remove. Maka aku pun mencuba jugak nak masuk ke alamat url tersebut, pun memang hampa. Tak leh masuk pasal tertulis “Blog has been removed”
Agak-agak, siapa yang removed blog panas Aidid Muaddib ni? Adakah beliau sendiri? Atau ada pihak lain??? Pasal apa, pasal si Aidid ni memang lantang berbicara pasal MLM, Skim Cepat Kaya, Business Merapu dan macam-macam. Penulisan beliau memang kasar, tetapi dapat tarikan pembaca yang sangat ramai. Idea dan fakta yang diberi juga ada asas, tetapi itu bukan bermaksud semua pembaca setuju 100%. Ini kerana ramai jugak yang masuk ke blog Aidid adalah pengamal, pengguna dan mereka-mereka yang anti-Aidid Muaddib.
Bagi aku, sesiapa pun boleh bagi pandangan, komen dan luahan. Terpulang kepada masing-masing. Kita kan Malaysia yang bebas. Aku pun duk tunggu ni, bila Aidid Muaddib nak buka blog baru… 🙂

MrJocko.com

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.