Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Blogger Terkenal, Pasangan Pula Tension Kat Rumah

Kalau dah jadi Blogger, kemudian aktif pulak tu dengan syarikat penaja, contohnya seperti Nuffnang, mesti banyak aktiviti yang boleh blogger sertai. Paling kerap, sessi peraduan komen dan idea untuk contest Premiere Screening pada setiap minggu di Pawagam pilihan sekitar Kuala Lumpur.
Kena pulak Blogger yang lebih aktif, sertai pula event lain seperti launching produk baru, dinner, event bersama media, dan banyak lagi. Kalau korang blogger yang tegar, mesti korang suka. Tapi, pernah terfikir yang pasangan kita (kalau yang dah kahwin) atau aweks kita pulak rasa tersisih. Tension dia kat rumah, kononnya Blogger Popular, ada masa untuk event, tetapi tak ada masa untuk family.
Itu la lumrah kehidupan sebagai blogger. Walaupun kadang-kadang kena korbankan masa bersama keluarga, kalau terus istiqamah dan rajin menulis, ia mendatangkan hasil yang lumayan. Bila dah lumayan, kita pujuk pasangan kita, bawak pergi jalan-jalan, reward diorang sikit. Lama-kelamaan, diorang pulak yang bagi kita sepenuh sokongan untuk terus berjaya menjadi Blogger Terkenal. Eh! aku terkenal kerrr???
Ekekekekek,,,

MrJocko.com

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.