Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Chris Gardner Di Malaysia 7 dan 8 September 2013

Pertama kali melihat poster ini MrJocko teruja. Chris Gardner Live In Kuala Lumpur pada 7 dan 8 September 2013 di Mines Convention & Exibition Centre bersempena dengan Wealth Expo 2013. Bermakna, Chris Gardner akan datang ke Malaysia dan membuat penampilan sempena Wealth Expo 2013 di Mines Convention & Exhibition Centre.
Siapa Chris Gardner ni??? Kalau anda belum kenal siapa Chris Gardner, MrJocko harap anda tonton filem The Pursuit of Happiness lakonan Will Smith dan anaknya.
 
 
Filem motivasi yang terkenal ini sememangnya berdasarkan kisah sebenar Chris Gardner sebelum beliau berjaya menjadi seorang tokoh Kewangan yang terkenal. Dari seorang yang tiada apa-apa, seorang yang pernah tinggal di tandas dan hidup sebagai seorang gelandangan, kini beliau mempunyai aset berjuta dolar US.
 
 
MrJocko sudah book 2 tiket untuk menghadiri Wokshop dua hari Chris Gardner Live in Kuala Lumpur pada 7 dan 8 September ini dan berharap dapat peluang terbaik menimba ilmu dan praktikkan dalam agensi MrJocko.
Masih teringat antara kata-kata Chris Gardner, “Kalau anda mahukan sesuatu, pergi dapatkannya. Tiada alasan”

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.