Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Dinner Kegemaran Kami Kari Kepala Ikan Julin Xuan Uptown

Antara menu makan malam kegemaran kami ialah Kari Kepala Ikan Padang yang terkenal di Uptown Hawkers di Damansara Utama. Dah lama MrJocko layan kari kepala ikan Julin Xuan ini sejak mula-mula datang Kuala Lumpur tahun 1999.
Kari Kepala Ikan kat sini berbeza sebab ia tak rasa kari yang kuat seperti Kari Kepala Ikan Mamak atau India. Rasa karinya agak soft dan pilihan kepala ikan merah yang memang sedap.
Julin Xuan Padang Fish Head Curry Damansara
Julin Xuan Padang Fish Head Curry Damansara
Famous Julin Xuan Padang Fish Head Curry Damansara

Minggu lepas sekali lagi bawa anak-anak makan kat sana selepas seminggu makan lemang, ketupat, kuih raya dan macam-macam raya lagi. Bila dapat pekena menu Kari Kepala Ikan, rasa macam puas sangat, hahaha,,,
Paling best sebab orang lain masih ramai yang beraya kat kampung. Jadi tak payah que panjang, tak yanh tunggu lama dan masih banyak kepala ikan yang punya saiz yang best. Kalau biasa, lambat mesti dapat yang sisa-sisa yang kecil sahaja.
Alhamdulillah, memang sedap. Khalish dan Hasya memang suka makan Kari Kepala Ikan kat Julin Xuan Uptown Hawkers ni. Of course next time akan datang lagi 😉

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.