Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Family Day TNB 2013 Di FRIM Kepong

Tahun ni ada peluang lagi sertai warga kerja wife untuk Family Day TNB 2013 bertempat di FRIM Kepong. Event sederhana, tetapi hampir 2,500 staff dan keluarga TNB KL Selatan berkumpul untuk Hari Keluarga 1TNB ini. Agak meriah di Family Day TNB tahun ni.

Majlis yang dianjurkan di kawasan padang permainan FRIM ni memang meriah pasal ada aktiviti Senamrobik, Telematch, Game untuk kanak-kanak dan ada lebih 250 hadiah Cabutan Bertuah termasuk hadiah utama TV LCD ;).

Baca : MrJocko dan Cerita Family

Dalam banyak-banyak permainan. semestinya yang paling mencuri tumpuan mesti la mainan kanak-kanak. Ada 2 permainan Castle Angin untuk kanak-kanak yang sememangnya MrJocko tengok pun rasa teruja nak main. Boleh lompat-lompat, boleh terbang dan berguling-guling atas angin.

Konsep Family Day TNB tahun ini kira macam konsep hari keluarga yang biasa tetapi meriah dengan budget yang sederhana, terbuka dan lebih santai dan jimat semestinya. Organizer boleh anjurkan majlis sederhana dan lebihkan kepada budget makanan dan hadiah-hadiah cabutan bertuah.

Walaupun nampak biasa, bajet sederhana dan ditempat yang biasa tetapi kemeriahan sambutan memang mengujakan. Ini sebab, geng-geng TNB ni ramai yang punyai hubungan persahabatan yang agak erat. Tambah-tambah lagi bila mereka berada dalam satu department, saling memeriahkan majlis.

Ni MrJocko tengah tunggu sesi Cabutan Bertuah di Family Day TNB 2013. Mana tau rezeki hari ini boleh dapat beberapa hadiah yang menarik. Dapat TV saiz 42 inci jadi la kan :). Doakan kami sekeluarga dimurahkan rezeki, Ameen.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.