Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Normal Filter vs Racing Filter Kereta Yang Patut Korang Tahu

Entry kali ni nak share pasal info penjagaan kereta yang mana beza Normal Filter vs Racing Filter untuk kereta. Kita kongsai tentang info permotoran asas untuk semua. Mungkin ramai peminat kereta di Malaysia tahu. Tak kurang juga, pemandu biasa macam aku tak la expert sangat tentang spesifikasi teknikal kereta ni. Normal Filter vs Racing Filter Kereta Yang Patut Korang Tahu.

Kisahnya, minggu lepas aku ada membeli air filter baru untuk kereta aku, Proton Gen2 1.6cc. Filter lama yang original dan sudah berumur lebih 5 tahun. Jadi, rasanya sudah masa tukar baru. Lagipun Air Filter baru ni high level sikit. Kira macam upgrade sikit la. 

Baca : Perkongsian Tentang Kereta di Blog MrJocko

racing filter kereta

 


Normal Filter vs Racing Filter Kereta Yang Patut Korang Tahu

air filter kereta yang bagus

 

Setahu aku, fungsi air filter kat kereta ni menapis angin yang masuk ke engin kereta bagi memberi oksigen yang cukup dengan nisbah tertentu berdasarkan kapasiti enjin kereta, samada 1.3cc, 1.5cc, 1.6cc (cam kereta aku) atau 2.0cc sebagainya. Oksigen dengan nisbah yang betul akan memberi pickup yang cukup ketika anda menekan pedal minyak, membantu enjin melakukan pembakaran dalam enjin yang sempurna dan semestinya akan sedikit sebanyak membantu menjimatkan penggunaan Petrol.

Itu kira fahaman asas aku tentang filter kereta ni. Lebih teknikal, kena baca buku panduan atau buku workshop kereta.

Dan hasil selepas seminggu aku pakai Racing Air Filter di kereta Proton Gen2 1.6cc ini, memang ada jauh perbezaannya. Kalau nak tau Normal Filter vs Racing Filter ini punyai kesan yang memang jelas, hanya bila kita memandu kenderaan tersebut.

Paling ketara ialah bila sebut tentang penggunaan minyak petrol. Nyata, ia jimat sedikit dari sebelumnya serta impak pick-up acceleration selepas menekan pedal minyak meningkat dan berbeza daripada menggunakan air filter yang lama.

Kalau korang nak cuba, boleh jer. Senang untuk dipasang di bahagian enjin kereta. Bak kata orang, benda filter ni cuma plug and play sahaja. Cuba la,,

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.