Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gambar Kereta Proton SUV Pertama Malaysia

Gambar Proton SUV baru

Gambar Kereta Proton SUV Pertama

Dah dengar cerita pasal berita kereta baru Proton? Khabarnya ini kereta Proton SUV Baru yang akan dipasarkan tidak lama lagi. Model kenderaan SUV yang katanya dibuat atas jenama Proton ini mungkin akan mula dikeluarkan untuk pasaran dunia, khususnya Malaysia.

Melihatkan rekaan Proton SUV ini, nampak macam masih mengekalkan identiti kereta proton. Rekaan yang masih punyai rekaan Kereta Preve dan belum lagi berbentuk curve seperti rekaan kereta Korea.

Dari gambar yang anda lihat di atas, apa pandangan anda? Cantik tak Proton SUV Baru ini?

Gambar Kereta Proton SUV Pertama Malaysia

Kalau betul ini gambar kereta Proton SUV yang baru, ia memang nampak cantik dari luaran. Bentuk sporty dan ada nilai komersil. Harap Proton SUV baru ini akan dijual dengan harga sekitar RM120,000 sahaja. Lagi murah lagi bagus.

Spesifikasi kereta baru Proton SUV baru ni belum dapat diketahui. Mungkin sebulan dua lagi dapatlah dikongsi lebih banyak lagi info tentang Proton SUV ini. 

Maklumat lain juga belum sahih. Adakah model ini hanya model ‘concept car’ atau ia satu model percubaan dari Proton untuk dicuba dan diuji di jalan raya Malaysia. Kalau betul ia kereta SUV Proton, semoga ia dibina dengan kualiti yang lebih baik dengan pilihan harga yang lebih murah dan berbaloi, khas buat orang Malaysia.

 

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.