Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gempar Gempa Bumi Dan Amaran Tsunami 11 April 2012

Ramai penduduk sekitar Lembah Kelang, Putrajaya, Seremban dan juga kawasan-kawasan lain yang panik dan gempar apabila merasai sendiri gegaran gempa bumi yang katanya berlaku di Acheh, Indonesia.
Maklumat terkini aku rasa boleh korang tunggu berita malam ni. Ramai yang duk update dalam Twitter dan Facebook, mereka sendiri merasa gegaran itu. Ada yang kata akuarium rumah berkocak dan jugak barang-barang ada yang terjatuh ketika kesan gegaran itu sekitar jam 5.05 petang, hari ini, 11 April 2012. Wife aku sendiri bagitahu yang dia lihat aku dan anak anak goyang ketika tertido lepas Asar tadi, tapi dia ingat, aku sajer bergoyang… Isk isk isk,,,
Amaran berjaga-jaga Tsunami sudah di keluarkan ke belum? Aku tak der dengar pun kat TV atau FB??? Korang camana? Ada rasa gegaran tadi?

UPDATE
1. Jambatan Pulau Pinang di khabarkan akan ditutup selama 5 jam bermula jam 7.00pm sehingga jam 12.00 tgh malam.
2. Ombak melanda Pulau Simeulue di Sumatera setinggi 8 meter.
3. Ombak Tsunami di jangka sampai di Georgetown jam 9.11pm (11 April 2012), Port Dickson jam 2.10 am (12 April 2012) dan Singapura jam 7.51 am (12 April 2012)
4. Kelajuan Ombak yang bergerak di jangka selaju 700km/sejam

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.