Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Lagi Lagi Problem Kereta Proton Preve

Minggu ini, sekali lagi timbul isu kualiti dan masalah Proton Preve. Kali ni MrJocko jumpa gambar-gambar ni di internet, ada luahan dari mereka yang tak puas hati pasal kualiti Proton Preve.

Katanya gambar ni di ambil di Proton Showroom Sungai Besi. Antara yang di tulis dan di tampal di situ, “kalau tak mampu buat kereta berkualiti, tutup sahaja Proton”, “GPS rosak tiada penyelesaian”, “tak sampai sebulan enjin bocor” dan “harga RM72*** Kualiti ???”

Yang MrJocko tak tau, siapa yang menulis luahan ini, adakah pengguna yang sudah ada Preve atau saja-saja andaian pihak yang hanya dengar cakap orang lain. Kereta Preve Biru tu pulak, siapa punya???

Pendapat MrJocko, memang ada betul juga, kualiti dan peningkatan kualiti kereta Proton macam slow jer. Walaupun dah berpuluh tahun, masih jauh ke belakang. Tetapi, nak tutup Proton, sayang pulak. Rugi, dah banyak R&D yang Malaysia dah labur.

Paling MrJocko rasa ralat, tak leh beli kereta Import dengan harga yang murah, kerana kereta import yang masuk di kenakan caj Tax yang mahal berbanding harga asal. Katanya dengan harga kereta import yang mahal tersebut, akan menggalakkan orang Malaysia beli kereta tempatan. Masalahnya, harga kereta tempatan, terlalu mahal berbanding harga di negara-negara berdekatan, camana tu???

Dulu semua orang tunggu AFTA, sampai sekarang, tak ada berita pun pasal AFTA dan harga kereta import yang murah… bila la agaknya???

Lagi Lagi Problem Kereta Proton Preve
Lagi Lagi Problem Kereta Proton Preve

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.