Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Penembak Terhandal Dunia Di Lapang Sasar Cu Chi Tunnels

Cerita Penembak Terhandal Dunia Di Lapang Sasar Cu Chi Tunnels. Kat Cu Chi Tunnel, ada satu kawasan yang di khaskan untuk sesiapa saja yang minat menembak mencuba menembak dan membidik target di depan dengan menggunakan senapang dan senjata yang ASLI. 

Ini bukan senjata mainan atau senjata tiruan. Senjata yang di gunakan memang yang boleh membunuh seekor gajah, zirafah, harimau, singa dan juga manusia. Peluru yang digunakan aku tak tau, mungkin peluru kapur atau peluru getah. Tetapi bunyi yang di hasilkan cukup kuat dan bingit.

Lapang Sasar Cu Chi Tunnels

Penembak Terhandal Dunia Di Lapang Sasar Cu Chi Tunnels
Jauhnya target

Mulanya aku ingatkan pistol ada, rupernya, yang ada semua senjata-senjata yang lagi sofistikated. Jenis dan model senjata yang ada tidak lah aku ketahui kerana aku bukan peminat senjata. Tapi kalau nak tau betapa “thrill” nya senjata yang ada, korang tengok la yang aku tengah pegang tu… ganas ooo…. 

Pada yang berminat, boleh cuba sendiri. Di sini ada banyak senjata yang korang boleh cuba. Malah, korang boleh cuba yang lebih ganas seperti yang korang tengok dalam filem-filem perang tu. Sekali tembak 4-5 peluru keluar. Kalau stakat Styer atau AK-47 tu memang tak der. Yang kat sini lagi ganasss… 

Boleh bayar di kaunter dan dapatkan peluru. Lapangan menembak sudah disediakan senjata yang sudah di letakkan kemas di tempat masing-masing bagi mengelakkan korang terpelanting. Maklumlah, tekanan akibat tembakan senjata ni kuat. Kalau macam kita, sure tak boleh nak tahan.

Penembak Terhandal Dunia Di Lapang Sasar Cu Chi Tunnels
aku tengah aim target……

 

pose selepas menembak…

 

Nampak tak target aku yang mengena???

Apa pun, semua gambar-gambar di atas adalah semata-mata ‘posing’ sahaja. Hehehe,,, aku sebenarnya jenis yang sukakan keamanan. Tak suka ganas-ganas. Tak suka perang-perang. Aku fobia sikit dengan senjata ni. Tak berani aku nak tembak, mana tau tertembak benda lain.

Cerita lain tentang Vietnam boleh baca di sini http://www.mrjocko.com/tag/vietnam

Apa yang aku tengok, sesiapa yang cuba ni, ramai yang happy dan tambah peluru. Syok kot, maklum lah, kalau bukan tentera, kat Malaysia, siapa lagi yang boleh pegang senjata dan menembak… ??? Jadi kat sini, ini lah masanya mencuba menembak menggunakan senjata yang asli…

Info lanjut baca di sini http://www.vietnam-guide.com/ho-chi-minh-city/cu-chi-tunnels.htm

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.