Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Majlis Pelancaran Rasmi SnowWorld Genting Highlands

Selepas beberapa hari dari tarikh Pelancaran Aplikasi Resorts World Genting di Wisma Genting seperti entry yang terdahulu di SINI, MrJocko dijemput untuk sekian kalinya bersama-sama para Media dan Bloggers untuk menyaksikan Majlis Pelancaran Rasmi SnowWorld di Genting Highlands.
Terima kasih buat Ms JQ Lee, wakil PR Genting Malaysia Berhad kerana sudi menjemput kami semua untuk merasai kehebatan SnowWorld dengan dekorasi, suhu musim sejuk buatan serba baru di SnowWorld Genting Highlands.
Kami dibawakan khas dengan 2 buah bas dari Wisma Genting menuju ke SnowWorld, Genting Highlands dan disambut oleh pihak penganjur di sana. Dengan dekorasi dan susunan serba baru, kami di bawa masuk untuk menyaksikan Pelancaran Rasmi SnowWorld oleh Dato’ Kevin Sim, Executive Vice President Genting Malaysia Berhad.
Dalam ucapan perasmiannya Dato’ Kevin Sim memaklumkan bahawa pihak Genting Malaysia Berhad membelanjakan sekitar RM15 juta untuk tujuan pembaharuan dan pengubahsuaian SnowWorld ini bagi tujuan memenuhi citarasa dan memberi pengalaman seakan berada di salji yang sebenar kepada pengunjung SnowWorld.
SnowWorld ini dilengkapkan dengan tema ‘Winter DownTown dan World Heritage Concept’ dengan meletakkan prop seakan anda berada dalam cuaca musim sejuk di negara Eropah. SnowWorld juga kini dilengkapi dengan LED Animation Scheme yang membuatkan anda boleh merasakan cahaya seperti anda berada di waktu matahari terbit sehingga waktu malam. ‘The Lookout Point’ untuk anda mencari posisi sesuai untuk mendapatkan scenery terbaik anda bergambar dalam musim salji dan ‘Warm House’ untuk anda memanaskan badan sementara sebelum meneruskan bermain di dalam cuaca salji.
Dalam masa yang sama anda boleh mencuba bermain gelungsor pelampong salji atau Cresta Run Slide dan nikmati keriangan bermain salji bersama keluarga atau kawan-kawan. Seronok bukan??? 

Ya, memang best bila berada di dalam SnowWorld. Ia seakan anda berada di negara yang bersalji dan rasai sendiri kesejukkan berada di dalam cuaca dibawah paras -5 darjah celcius. Sangat sejukkk…

Selepas ditutup hampir 8 bulan dan mengalami proses pengubahsuaian, penambahan dan dekorasi yang semakin cantik, SnowWorld Genting Highlands kini bersedia untuk menerima kunjungan tetamu untuk bersama-sama merasai keseronokan bermain dan berada di dalam cuaca salji dibawah -5 darjah celcius.
SnowWorld juga boleh ditempah bagi tujuan majlis persendirian dan tempahan secara berkumpulan. Bagi yang berminat boleh terus menghubungi pihak Genting Malaysia Berhad atau Kaunter SnowWorld.
Sangat best bermain salji, semestinya akan ke sana lagi, SnowWorld, alami keseronokan bermain salji yang pastinya terhebat.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.