Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mee Tarik Silu Chow Kit Jalan Tunku Abdul Rahman

Saya bukanlah peminat Mee Tarik. Tetapi, sejak balik dari Guangzhou bulan Julai yang lepas, rasa macam teringin sekali sekala makan menu Mi Tarik yang terkenal dikalangan orang Cina. Sebab itu, minggu lepas, saya singgah di Mee Tarik Silu Chow Kit Jalan Tunku Abdul Rahman (Mi Tarik Silu Chow Kit), satu bangunan dengan Nasi Kandar Kudu bin Abdul dan berhadapan dengan bangunan Tune Hotel Lama.

Lokasi kedai ni senang sahaja nak cari kalau anda dah biasa dengan Kuala Lumpur. Ia terletak di tepi jalan besar, Jalan Chow Kit dan memasuki Jalan Tunku Abdul Rahman. Paling senang, guna sahaja Waze atau Google Maps untuk ke sini. InsyaAllah jumpa.

Baca : Mee Tarik Halal di Guangzhou

 


Mee Tarik Silu Chow Kit Jalan Tunku Abdul Rahman

mee tarik silu chow kit jalan tunku abdul rahman 02 mi tarik daging copy
 

Dari luar dah nampak signboard berwarna hijau tertulis ‘Mi Tarik Silu’. Maaf tak berkesempatan untuk mengambil gambar papan tanda perniagaan kerana masa kami singgah untuk makan petang, masa tu hujan lebat.

Apa yang sempat saya kongsikan di sini, kami mencuba menu Mee Tarik Daging, Nasi Goreng Daging dan juga Daging Kambing Biri-Biri. Ini antara menu wajib anda cuba kalau makan di Restoran Chinese Muslim, di mana-mana sekali pun. Menu Mee Tarik wajib cuba sebab ia adalah signature mereka.

Baca Pengalaman MrJocko pertama kali makan menu Mee Tarik Asli di China :

Menu Mee Tarik paling sedap pernah saya cuba ialah di Panyu.

mee tarik silu chow kit jalan tunku abdul rahman 02

mee tarik silu chow kit jalan tunku abdul rahman 02 mi tarik daging
Mee Tarik Daging Silu Chow Kit
mee tarik silu chow kit jalan tunku abdul rahman 03
Nasi Goreng Daging
mee tarik silu chow kit jalan tunku abdul rahman 04
Daging Kambing Biri-biri

mee tarik silu chow kit jalan tunku abdul rahman 06

Ruang makan di sini agak selesa sebab masih tak ramai orang. Servis pun cepat dengan kualiti makanan Mee Tarik khususnya memang segar dan baru buat. Ini cara orang Cina bila makan Mee. Bila di tempah mereka akan tarik mee dan kemudian terus masak untuk pelanggan. Sebab itu, kualiti mee mereka memang sangat sedap berbanding mee kuning dan mee biasa yang lain.

Dari segi harga, semangkuk Mee Tarik Daging berharga sekitar RM9. Kira berbaloi untuk cuba kerana ia agak besar. Jenis yang tak makan banyak, portion ini boleh dikongsi sehingga untuk 2 orang. Jimat.

Jangan tersalah faham, rasanya Restoran Mi Tarik Silu ini tiada kaitan dengan pemilik Mee Tarik Warisan Asli di Kuala Lumpur. Mungkin konsep kedai yang dibuat hampir sama kerana kedua-duanya menjual menu makanan Halal Chinese Muslim di Malaysia.

Nak tahu review tentang apa kata pelanggan di Mi Tarik Silu Kuala Lumpur, boleh baca di pautan ini Mi Tarik Silu Tripadvisor.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.