Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Projek Pindah Blogspot Ke WordPress Gagal

Selasa beberapa hari yang lepas, MrJocko sebenarnya sudah dalam proses untuk re-branding jenama Blog MrJocko.com dan sudah membayar hosting untuk backup dan host data blog di DataKL. Maklum la, nak cari penaja untuk setahun, tak ada yang nak sponsor, huk huk :(. Terpaksa la kuar duit simpanan tabung buluh buat bayar hosting selama setahun.
Sebelum ni memang MrJocko pernah ada satu lagi blog back-up MrJocko.Wordpress.com dan memang bercadang nak pindah ke WordPress. Tapi, oleh kerana proses perpindahan data dan semua yang berkaitan ke WordPress oleh pihak DataKL kurang berjaya di sebabkan rekod data MrJocko.com bersama Blogspot terlalu besar, maka dengan hati yang berat, terpaksa MrJocko batalkan hasrat untuk berpindah.
Proses perpindahan data MrJocko.com dari Blogspot ke WordPress gagal kerana hosting yang MrJocko beli cuma 5GB sedangkan data yang ada di Blogspot jauh lagi besar dari space 5GB. Malas dah nak fikir, malas nak susah-susah, terpaksa MrJocko pindahkan balik data tu ke Blogspot.
Nampaknya cita-cita nak belajar WordPress di Masterclass WordPress Denaihati bersama Tauke UNIFI dan USTAZ TERENGGANU tidak kesampaian lagi… Sehingga ke hari ini, blog MrJocko masih lagi berada di Blogspot.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.