Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sarapan Pagi Dengan Lim Guan Eng Pulau Pinang

Minggu lepas, rasanya ramai yang tahu MrJocko berada di Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam mengikuti rombongan FAM Trip anjuran Tourism Malaysia. Kami rakan media di bawa melawat banyak tempat-tempat menarik di Pulau Pinang dan yang paling teruja bila dapat sarapan pagi dengan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kali ini, MrJocko berkesempatan duduk semeja dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng dan bersarapan Kopi ‘O’ bersama-samanya. Peluang terbaik dan ia sesuatu yang wajib diabadikan dalam kamera untuk kenangan.

Baca : Destinasi Pelancongan di Pulau Pinang

Sarapan Pagi Dengan Lim Guan Eng Pulau Pinang

Sarapan Pagi Dengan Lim Guan Eng
Sarapan Pagi Dengan Lim Guan Eng

Breakfast dengan Lim Guan Eng

Bukan senang nak jumpa dengan Ketua Menteri, tambah-tambah lagi peluang untuk duduk minum kopi semeja dengan beliau. Ia semua mungkin hasil selepas penat seharian membantu pedagang-pedagang di pelabuhan Pulau Pinang mengangkat guni jualan mereka. Fuh!!!

Hahaha!!! Macam-macam dah MrJocko mengarut kat sini. Sebenarnya ini semua gambar yang MrJocko rakamkan ketika melawat satu lokasi tarikan pelancong di Pulau Pinang diberi nama Made In Penang, satu pameran lukisan 3D yang terbaik setakat ini pernah MrJocko lawati. Harga tiket untuk Made In Penang adalah RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak sekolah.

Bukan itu sahaja, ada banyak lagi tempat menarik di Pualau Pinang. Sebagai anak Malaysia, datang la sini, pasti akan jumpa banyak lagi destinasi menarik yang boleh korang kunjungi samada berseorangan, bersama keluarga atau dengan rakan-rakan.

Sebagai contoh, di sini, ada banyak gambar-gambar 3D ada disimpan di dalam Made In Penang ini, anda mesti singgah dan akan teruja dengan lukisan 3D ini. InsyaAllah, MrJocko akan kongsi gambar-gambar lain ketika program FAM Trip Tourism ini seperti gambar-gambar di dalam Made In Penang dalam beberapa hari lagi.

Kalau nak tahu, tunggulah entry sambungan yang akan datang tentang percutain kami, rakan-rakan media ke Pulau Pinang ini. Sangat Best! Lebih-lebih lagi kalau bercerita tentang Street Food di Penang. Syurga Makanan di Malaysia.

Glamorous MrJocko

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.